Apakah beza UCAPAN dengan DEBAT?adakah debat merupakan salah satu bentuk ucapan?ataupun adakah ianya membawa definisi yang berbeza selain daripada konsepnya di mana debat dipertandingkan manakala ucapan bukan dipertandingkan. | Ucapan membawa maksud yang lebih umum, iaitu segala sesuatu yang diucapkan. Manakala debat bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal dengan saling memberikan alasan untuk mempertahankan hujahnya; dan peraduan berbahas. | Makna | 14.11.2014 |
Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana? | Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas? | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih. | Makna | 15.10.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya akan membuat pertandingan pidato dan debat antara anak negeri di universiti pendidikan sultan idris.bolehkah kami meminta sedikit tajaan dari Pihak DBP | Sila buat permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.11.2015 |
bagaimana format perbahasan dan berikan macam mana cara-cara nak membalas hujah. | Sila rujuk Unit Debat dan Bahas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 30.04.2008 |
Maksud tikaman bahasa dan contoh-contoh yang sesuai. Senaraikan contoh - contoh tikaman bahasa untuk tujuan pertandingan bulan bahasa. Maksud perbahasan dan debat . Juga contoh format untuk pertandingan dan bentuk penulisan esei. | Perbahasan bermaksud pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. | Lain-lain | 04.08.2010 |
contoh-contoh pidato bebas berkaitan dengan pendidikan? | Soalan sdr tidak berkaitan dengan bahasa Melayu. Untuk itu kami cadangkan sdr berhubung dgn pihak majlis debat universiti malaysia (MADUM) bertanyakan permasalahan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 15.09.2008 |
1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik. | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih. | Makna | 20.10.2008 |
Apakah sumbangan Dewan Bahasa dan pustaka(DBP)? | Soalan tidak jelas. Sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memertabatkan bahasa Melayu, DBP telah melaksanakan perancangan jangka. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku berkenaan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan berdekatan. | Lain-lain | 20.08.2010 |
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |