Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.bit] | ديبيت

Definisi : (débit) 1. catatan jumlah wang yg di­keluar­kan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat; mendebitkan mencatatkan atau mera­kam­kan debit, mencatatkan sesuatu butiran per­akaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.bit] | ديبيت

Definisi : /débit/ 1 catatan ttg piutang yg diberikan kpd orang lain. 2 catatan ttg piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. mendebitkan 1 mencatat piutang yg diberikan kpd orang lain ke dlm kira-kira. 2 memasukkan catatan piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Miliki Kad Debit-i Bank Islam Visa Konfederasi Hoki Malaysia hari iniUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web kami www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain26.07.2017
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut:

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain15.11.2017
Saya memerlukan pengesahan ejaan perkataan yang mengandungi singkatan elektronik ‘e-‘ bagi: 1. Permulaan ayat sama ada e-Pembayaran / e-pembayaran / E-Pembayaran / E-pembayaran. Contoh, E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet. 2. Pertengahan ayat perlu menggunakan huruf besar atau tidak. Contoh, Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam. 3. Tajuk. Contoh, Modul E-pembayaran Sistem Trafik.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Ejaan untuk permulaan ayat ialah E-pembayaran. 
Contoh ayat yang betul ialah E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik yang menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet.


2. Ejaan untuk pertengahan ayat ialah e-pembayaran. 
Contoh ayat yang betul ialah Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam.


3. Ejaan untuk tajuk ialah Modul E-pembayaran Sistem Trafik.
Ejaan08.12.2020

Kembali ke atas