Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.fén.dan] | ديفيندن

Definisi : (déféndan) orang atau pihak yg didakwa atau dituntut dlm mahkamah undang-undang: mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya dan memerintahkan pihak ~ supaya memberikan maklumat yg diminta oleh plaintif; mahkamah membebaskan semua ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata defendan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah "Defendants" dieja dalam Bahasa Malaysia? Adakah "Defendan-Defendan" atau pun "Defendan-defendan"?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Defendan-defendanEjaan23.10.2017
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
Salam sejahtera, Adakah struktur ayat yang berikut betul? "Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan A dan meletakkan Plaintif di atas dasar beban bukti yang kukuh" Terima kasih kerana sudi membantu.Ayat ini berkaitan bidang undang-undang. Dari segi struktur ayat ini betul, tetapi tidak gamatis atau sejadi kerana terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Mohon berikan ayat dalam bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang lebih sesuai. Terima kasih.Lain-lain23.04.2018
As-salam, Sukacita sekiranya DBP dapat menyemak penggunaan perkataan 'sebulan sekali' seperti ayat di bawah. Adakah lebih tepat 'setiap bulan sekali'? Terima kasih. Hisham Ishak Mahkamah memerintahkan atas persetujuan bersama bahawa Defendan hendaklah membayar segala keperluan berkaitan persekolahan anak-anak tersebut untuk sebulan sekali dengan jumlah kos sekurang-kurangnya RM100 untuk setiap orang anak.Sebulan sekali dan setiap bulan sekali membawa maksud yang sama.
Ayat yang lebih gramatis ialah  Mahkamah memerintahkan atas persetujuan bersama bahawa Defendan hendaklah membayar segala keperluan berkaitan persekolahan anak-anak tersebut sekali pada setiap bulan  dengan jumlah kos sekurang-kurangnya RM100 untuk setiap orang anak.
Tatabahasa06.08.2018
Sapaan @ Solutasi di pertengahan dan akhir ayat menggunakan huruf kecil kan? contoh tuan dan puan tetapi kenapa sapaan dalam perundangan ditulis dengan huruf besar walaupun dipertengahan dan akhir ayat seperti Tuan, Puan, Defendan,Plaintif, Pendakwa raya, Peguam bela, Mahkamah ini dsb. Adakah ini gaya penulisan dalam penulisan penghakiman? adakah ia salah dari segi tatabahasa? atau sebenarnya memang ada salutasi@sapaan umum yang boleh digunakan huruf besar di pertengahan dan akhir ayat? atau ada apa-apa hukum tatabahasa yang saya tertinggal? mohon pencerahan. Terima Kasih.Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan  konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan yang dibesarkan hurufnya boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. Tatabahasa28.12.2020

Kembali ke atas