tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Pertandingan Deklamasi Sajak atau Pertandingan Mendeklamasi Sajak | Penggunaan perkataan yang betul dan tepat ialah Pertandingan Deklamasi Sajak | Tatabahasa | 27.12.2017 |
Tuan, Apakah istilah yang paling sesuai digunakan, Pengucapan Puisi atau Deklamasi Puisi? | Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh: Program Pengucapan Puisi Dunia. Majlis Deklamasi Puisi Merdeka. | Istilah | 09.08.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai sayembara deklamasi sajak. Pada bulan hadapan (Ogos 2024), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan pertandingan deklamasi sajak. Boleh saya mendapatkan tiga (3) orang calon juri profesional untuk tujuan penjurian pertandingan tersebut dan apakah tatacara pembayaran token kepada juri-juri tersebut nanti? Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Mohon kerjasama pihak puan untuk menghantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 22.07.2024 |
Opie Nov Feb 2nd, 8:11pm Salam sejahtera, Boleh saya bertanya bilakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan deklamasi sajak atau pidato bagi kategori umum (terbuka)? Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Terima kasih | Untuk makluman tuan, pertandingan pidato dan deklamasi sajak secara terbuka belum diadakan, melainkan pelbagai pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan yang diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan. | Lain-lain | 02.02.2015 |
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta festival tersebut ialah masyarakat bukan Melayu. DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang. | Lain-lain | 27.07.2013 |
Saya ingin mengetahui link/senarai puisi (sajak dan syair) untuk pertandingan Deklamasi Puisi 2018. Terima kasih | Pihak puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi En. Muhammad Rafiq (03-21479207) atau Pn. Azlin Asmuni (03-21479208), Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP. Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 14.02.2018 |
Saya ingin membuat carian terjemahan yang sepadan dengan frasa 'poetry slam'. Carian awal mendapati 'slam' sebagai istilah dalam pendidikan ialah 'slem', namun tidak ada huraian ditampilkan. 'Grand slam' sebagai istilah sukan diberikan padanan 'Grand slam' juga. Bolehkah saya menggunakan 'slam puisi' atau 'pertandingan deklamasi sajak'? | Kami mencadangkan frasa "pertandingan Deklamasi Sajak" yang digunakan bagi mengungkapkan maksud poetry slam kerana frasa itu gramatis dan difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 07.09.2014 |
Bibi Sarimah AHA 9.35 PAGI Bibi Sarimah Assalamualaikum... Boleh saya dapatkan senarai puisi untuk sayembara deklamasi puisi sempena sambutan bulan bahasa 2017? | Wassalam. Pertandingan yang mana tuan/puan maksudkan? Sekiranya tuan/puan merujuk Ekpresi Puisi Berlagu, tuan/puan boleh melayari http://lamanweb.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 24.09.2017 |
Fatihah Ruzlan Aug 17th, 11:19am assalamualaikum dan salam sejahtera..boleh saya tahu pihak DBP ada menganjurkan pertandingan deklamasi puisi merdeka kategori terbuka tahun ini? saya amat berminat dalam penyertaan. terima kasih.. | Tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui ketuanya, Tuan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 17.08.2015 |