Adakah terjemahan istilah/formula kimia ini betul? 1. phosphatidylinositol-4,5-bisphosphate 3-kinase catalytic subunit delta = delta subunit katalitik fosfatidilinositol-4,5-bifosfat 3-kinase 2. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 3. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 4. interleukin-2- inducible T-cell kinase deficiency = kekurangan kinase sel T teraruh interleukin 2 5. baculoviral inhibitor of apoptosis repeat containing protein 4 = protein 4 mengandungi ulangan perencat apoptosis bakulovirus | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2024 |
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih. | Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit. | Makna | 06.08.2021 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkaaan yang berikut: (a) galacto-oligosaccharide (b) long chain fructo-oligosaccharidel (c) Glucono-delta-lactose (d) Hydroxypropymethylcellulose (e) Sulphobenzoic (f) Neotame (g) Butanetetrol | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: galacto-oligosaccharide - galakto-oligosakarida long chain fructo-oligosaccharide- frukto-oligosakarida rantai panjang glucono-delta-lactose - glukono-delta-laktosa hydroxypropyl methyl cellulose - hidroksipropil metil selulosa sulphobenzoic - sulfobenzoik neotame - neotame butanetetrol - butanatetrol Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 26.08.2021 |
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu. | Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia. | Lain-lain | 19.07.2022 |