salam tuan. sedikit persoalan tentang penggunaan kata hubung 'sebab' dengan 'kerana'. Melalui ayat di bawah: 1. Dia tidak hadir kerana demam. 2. Dia tidak hadir sebab demam. Yang manakahdikira betul? Dalam bbrpa buku dikira kerana yang betul. Saya rasa kedua2 sama fungsinya. Pendapat ilmiah tuan? | Sebenarnya, perkataan 'sebab' dan 'kerana' berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan 'sebab' ialah kata nama, manakala perkataan 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan. Perkataan 'sebab' boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama 'oleh' untuk menjadi frasa sendi nama 'oleh sebab' yang membawa maksud 'kerana'. Ayat yang betul ialah 'Dia tidak hadir kerana demam' atau 'Dia tidak hadir oleh sebab demam'. Jika saudara anggap sebab dan kerana sama fungsinya, dan kedua-dua ayat yang diberi adalah betul, maka kita dapat mengungkapkan ayat seperti di bawah: i. Dia menyatakan sebab-sebab ketidakhadirannya semalam ... , dan ii. *Dia menyatakan kerana-kerana ketidakhadirannya semalam ... Berdasarkan contoh yang diberi, nyatalah bahawa fungsi kata 'sebab' dan 'kerana' adalah tidak sama. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
Betulkah ayat di bawah ini? "Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi." | Ayat yang gramatis "Demam denggi ialah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Denggi". | Tatabahasa | 19.07.2012 |
saya nak tahu sama ada ayat ini betul atau tidak. Tiada tertelan oleh saya akanan akibat demam. | Puan Masneh, Ayat ini sepatutnya ditulis - Saya tidak tertelan makanan itu akibat demam | Tatabahasa | 23.04.2010 |
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana | 1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan. 2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul. 3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
adakah ayat di bawah betul? 'amir tidak hadir ke sekolah sebab demam' bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan kata sebab dan kerana dalam ayat.. terima kasih | Penggunaan kata "sebab" dan "kerana" umumnya kita temukan dalam ayat-ayat seperti yang berikut: 1) Amir tidak hadir ke sekolah sebab demam. 2) Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang betul ialah ayat (2). Mengapa pula ayat (1) dikatakan salah? Untuk menjawab soalan ini, ada beberapa hal yang perlu difahami terlebih dahulu. Yang pertama, kata "sebab" dan "kerana" tidak sama jenisnya. Kata "sebab" ialah kata nama sedang "kerana" ialah kata hubung. Yang kedua, kata "sebab" perlu ditambah dengan "oleh" apabila hendak digunakan sebagai kata hubung. Misalnya; 3. Ibu segera menutup tingkap oleh sebab hujan turun dengan lebatnya. Sebaliknya, "kerana" tidak memerlukan "oleh" kerana memang sudah sedia sebagai kata hubung. Walau bagaimanapun, kata "sebab" boleh digunakan dalam ayat tanpa disertai "oleh". Misalnya: 4. Apa sebab dia tidak hadir hari ini? 5. Beri tiga sebab mengapa dadah berbahaya kepada kita. Dalam kedua-dua ayat di atas kata "sebab" digunakan sebagai kata nama, bukan sebagai kata hubung. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Assalamualaikum Saya ada 2 pertanyaan mengenai kata nama khas.Adakah nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis adalah kata nama khas? Kedua-buku daftra kata ejaan jawi- rumi yang berwarna kuning tersebut cetakan ke berapa? | Nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis bukan kata nama khas, Contoh lain demam denggi, batuk kering, demam kepialu ditulis dengan huruf kecil. Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi merupakan cetakan pertama tahun 2001. | Ejaan | 12.03.2010 |
Asalamualaikum...Saya ingin bertanya sama ada ayat berikut betul atau salah(Tiada tertelan oleh saya makanan itu akibat demam.)Hal ini kerana saya keliru dengan penggunaan kata kerja 'tertelan' dalam ayat tersebut. Dalam ayat pasif diri pertama tidak boleh ada perkataan 'oleh'. Adakah 'tertelan' dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata kerja pasif?Terima kasih banyak-banyak. | Puan Anita, Memang betul kata Puan,ayat ini sepatutnya ditulis - saya tidak tertelan makanan itu akibat demam. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut. | Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap). | Tatabahasa | 04.11.2013 |
Adakah ayat di bawah betul? Demam denggi telah meragut sebanyak tiga nyawa pada bulan lepas. | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 06.03.2011 |