| Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ? | Betul: 1. Oleh hal yang demikian, 2. Oleh hal sedemikian, 3. Hal ini dikatakan demikian kerana 4. Oleh yang demikian, Salah: 1. Oleh hal yang demikian kerana 2. Hal ini kerana | Lain-lain | 28.09.2020 |
| “Oleh hal yang demikian ” “Oleh hal yang demikian kerana “ “Oleh hal sedemikian” “Hal ini dikatakan demikian kerana” “Hal ini kerana” “Oleh yang demikian”.Adakah semua penanda wacana di atas betul ? | Oleh hal yang demikian, oleh yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. | Tatabahasa | 03.10.2020 |
| Apakah perbezaan penggunaan "dengan itu", "dengan demikian", "oleh itu", "oleh yang demikian" | Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 527. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
| Salam Sejahtera Tuan/Puan Saya ingin bertanya bahawa kegunaan "Hal ini demikian kerana" dan "Hal ini dikatakan demikian kerana" mana yang satu betul? "demikian" itu kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata nama, kata sendii nama dan kata adjektif. Namun, "ini" ialah kata ganti nama tunjuk. Bolehkah "demikian" menerangkan perkataan "ini"? Terima Kasih | JAWAPAN: Kedua-dua frasa yang dinyatakan adalah betul. Frasa “Hal ini” ialah subjek, manakala frasa “demikian” dan “dikatakan demikian” ialah predikat dan membentuk frasa yang betul, iaitu “hal ini demikian” dan “hal ini dikatakan demikian.” Frasa "hal ini demikian" merujuk keadaan atau situasi sebenar yang berlaku, manakala frasa "hal ini dikatakan demikian" pula merujuk sesuatu yang telah dinyatakan, dihebahkan, atau menjadi perbualan umum. Perbezaannya terletak pada penggunaan frasa. Frasa "hal ini demikian" merupakan penyataan fakta, manakala frasa "hal ini dikatakan demikian" merujuk apa-apa yang telah diperkatakan oleh orang lain. JAWAPAN: "demikian" (kata adverba) tidak boleh menerangkan perkataan "ini" kerana kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata adverba “demikian” berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang minimum, iaitu ada bahagian ayat telah digugurkan. Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 289 dan 290.
| Tatabahasa | 25.09.2025 |
| oleh hal demikian atau oleh sabab hal demikian | Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu,begini,seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Ungkapan biasa yang digunakan ialah oleh yang demikian. | Lain-lain | 06.01.2008 |
| bolehkah penggunaan 'dengan demikian' digunakan pada permulaan ayat? | Frasa yang gramatis ialah ialah dengan yang demikian (bukan dengan demikian) yang sama maksudnya oleh yang demikian. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
| Assalamualaikum... 1. Saya keliru dengan penggunaan wacana yang tepat iaitu sama ada 'oleh demikian' atau 'oleh yang demikian' atau 'oleh hal yang demikian'? Yang mana satu yang betul? 2. Saya berharap pihak tuan dapat menjelaskan sebab ejaan 'jawab' dan 'jawapan' berbeza dari segi penggunaan konsonan 'b' dan 'p'. begitu juga dengan perkataan 'wajib' dan 'kewajipan'? terima kasih. | Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu, begini, seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Penggunaan ungkapan yang mantap ialah oleh yang demikian. Bagi menjawab soalan kedua saudara, kata dasarnya ialah "jawab". Oleh yang demikian, bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Walau bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul. | Tatabahasa | 18.02.2009 |
| Penggunaan ayat manakah yang betul untuk digunakan hal ini demikian atau hal demikian? | Ayat yang betul ialah "Hal ini demikian ..." | Lain-lain | 02.05.2023 |
| Yang manakah betul? Apakah sebabnya? 1. Oleh hal yang demikian 2. Oleh yang demikian | Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian" . "Oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara. | Tatabahasa | 20.10.2014 |
| Assalamualaikum tuan, saya ada beberapa soalan di bawah induk yang sama. 1. Adakah frasa "Hal ini dikatakan demikian kerana" yang diolah dengan menukar kata kerja yang hadir sebelum kata adverba demikian, dikira salah. Contohnya, "Hal ini diujarkan demikian kerana", "Hal ini diutarakan demikian kerana", "Hal ini diungkapkan demikian kerana." 2. Jika betul, adakah frasa ini relevan digunakan dalam penulisan di peringkat sekolah sama ada sebagai penanda wacana atau selainnya. Terima kasih atas respons. | Pengolahan ayat boleh menggunakan variasi penggunaan penanda wacana bergantung pada kesesuaian makna dan konteks sesuatu ayat. "Hal ini diutarakan demikian”,"Hal ini diungkapkan demikian” dan "Hal ini diujarkan demikian” boleh juga dianggap sebagai penanda wacana yang fungsinya sebagai penghubung musabab yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 527. | Tatabahasa | 13.11.2025 |