Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.mo.kra.tik] | ديموکراتيک

Definisi : (démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa; mendemokratikkan menjadikan demo­­kratik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demokratik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
Ini menunjukkan Malaysia negara yang demokratik. soalan saya ialah apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di atas?Ayat yang betul ialah 'ini menunukkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang demokratik. Harap maklum.Tatabahasa07.07.2008
DEFINISI PENGURUSAN?? PROSES-PROSES PENGURUSAN? MAKSUD: DEMOKRATIK,AUTOKRATIK

Firza, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk definisi pengurusan dan proses pengurusan sila dapatkan buku rujukan yang terdapat di pasaran. Untuk maksud demokratik dan autokratik sila lihat makna yang diberikan ini. Terima kasih.

(démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa

  • autikratik- -berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik.
  • Makna19.08.2009
    Salam sejahtera, Saya telah menterjemahkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan. i. Education For Democratic Citizenship (Pendidikan Ke arah Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship. (Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting dalam Pendidikan Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) iii. A strong sense of social belonging and civic engangement (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat)? atau (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan sivik) Mohon pencerahan dalam penggunaan bahasa di atas. terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
    i. Education For Democratic Citizenship - Pendidikan untuk Kewarganegaraan Demokrasi
    ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship - Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting Kewarganegaraan Demokrasi
    iii. A strong sense of social belonging and civic engagement - ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat
    Penyemakan dan penterjemahan23.06.2016
    Definisi: pengurusan? terangkan proses-proses pengurusan? Nyatakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang berikut:- a) Demokratik b) Autokratik c) Lassez FaireBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pengurusan ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk pertanyaan yang seterusnya, saudara digalakkan membuat rujukan dan kajian di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah20.08.2009
    apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberalSosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik.Makna18.05.2009

    Kembali ke atas