Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.mon.stra.si] | ديمونستراسي

Definisi : (démonstrasi) 1. penerangan, pera­ga­an, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan meng­adakan ~; berdemonstrasi menunjuk perasaan (ke­rana memprotes dll); mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melaku­kan sesuatu; pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.mon.stra.si] | ديمونستراسي

Definisi : /démonstrasi/ 1 perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan: Mereka mengadakan ~ utk membantah arahan baru itu. 2 pertunjukan dan penerangan ttg cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau cara-cara melakukan sesuatu: Satu ~ telah diadakan utk memperkenalkan alat baru itu. berdemonstrasi mengadakan tunjuk perasaan. mendemonstrasikan menunjukkan dan menerangkan cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demonstrasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
demonstrasi bantahan piket perhipunanrujuk kamus dewanLain-lain06.04.2007
Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. penggunaan mengetahui betul ke tahu betul?Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. - kata kerja mengetahui paling tepat digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa31.03.2010

Kembali ke atas