Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (déndang) nyanyian (lagu yg di­nya­nyikan) utk bersuka-suka atau meng­hiburkan hati; dgn ~ ki dgn mudah sahaja; berdendang, berdendang-dendang ber-nyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nya­nyi) utk bersenang-senang hati: mereka terus ~ dan berpantun; orang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya prb tiap-tiap orang berkuasa di tempat masing-masing; sambil ~ biduk hilir prb membuat dua tiga pekerjaan dgn sekali gus; mendendangkan menyanyikan dendang (utk bersuka-suka hati), menyanyikan (lagu yg menghiburkan): suara burung hantu ber­sahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dgn suara pungguk yg lanjut sayu; kedengaran di radio, biduan P. Ramlee sedang ~ lagu “Merak Kayangan”; dendangan (lagu dsb) yg didendangkan oleh seseorang: lagu merdu ~ biduanita Saloma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj burung, gagak, Corvus mac­rorhynchos; ~ laut sj burung, Sula leucogaster; burung ~ air = ~ laut sj burung, kosa, Phalcrocorax carbo; ~ (meng)gonggong telur prb pe­rem­puan hodoh berpakaian cantik; dan­dang III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj kumbang yg hitam, Cantharis hirsticornis; 2. sj kumbang yg perang kemerah-merahan, Illectica testaceae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ® dandang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /déndang/ nyanyian tanda gembira atau utk bersuka-suka (menghibur hati). berdendang bernyanyi atau berlagu dendang; bernyanyi utk menghibur hati: Mereka ~ di majlis perkahwinan itu. mendendangkan 1 menyanyikan (lagu): ~ lagu merdu. 2 menyanyikan dendang (utk menghibur hati): Dia selalu ~ anaknya sebelum tidur. dendangan (lagu dll) yg didendangkan: Lagu itu tadi ialah ~ biduan Ahmad Jais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendang

Peribahasa

Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit.

Bermaksud :

Mulut manis hati busuk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010

Kembali ke atas