Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza kata sendi dengan kata hubung?Kata sendi ialah perkataan yang berfungsi sebagai kata depan sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan yang tergolong sebagai kata nama atau frasa nama, contohnya di, ke, dari. Kata hubung pula bermaksud perkataan yang menggabungkan dua binaan ayat, klausa dan frasa, contohnya terdapat dua jenis kata hubung dalam bahasa Melayu, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata sendi dan kata hubung, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa09.07.2007
Bolehkah kiya memulakan ayat dengan kata sendi atau kata hubung

Ayat yang berbentuk pasif sahaja boleh dimulakan dengan kata hubung. Harap maklum.

Tatabahasa02.07.2008
Selamat sejahtera, Biasanya kata hubung dan kata sendi nama apabila ditulis sebagai tajuk, digunakan huruf kecil bagi awal perkataannya. Namun, bagaimanakah pula dengan kata hubung komplemen [bahawa & untuk (tapi lazimnya "untuk" ditulis dengan huruf kecil)], kata hubung keterangan (sekiranya, apabila, ketika, sehingga, jika dan sebagainya) Cth: 1) Doa *apabila* Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu 2) Bacaan *ketika* dan Selepas Azan 3) Perkara *yang* Perlu Dilakukan *apabila* Bermimpi *tentang* Sesuatu *yang* Menakutkan 4) Doa *bagi* Mereka *yang* Waswas *dalam* Beriman 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga Sekian, terima kasih.Kata hubung dan kata sendi jika ditulis dalam tajuk perlulah ditulis dengan huruf kecil. Berikut ialah jawapan untuk contoh di atas:

1) Doa apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu.
2) Bacaan Ketika dan Selepas Azan (Ketika huruf K besar kerana tidak berfungsi sebagai kata hubung, kata hubung dalam ayat ini ialah dan).
3) Perkara yang Perlu Dilakukan apabila Bermimpi tentang Sesuatu yang Menakutkan.
4) Doa bagi Mereka yang Waswas dalam Beriman.
5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga.
Tatabahasa21.06.2021
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan?

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun.   Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah.

5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa11.09.2011
Dalam ayat 'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung',untuk tergolong sebagai kata sendi atau kata hubung? Kalau sebagai kata sendi, kata yang mengikutinya mestilah kata nama sedangkan memajukan ialah kata kerja. Jika untuk sebagai kata hubung apakah klausa-klausa yang terdapat dalam ayat majmuk ini?'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung' - untuk dalam ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama boleh diikuti dengan kata kerja. Contoh lain seperti, Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik...Tatabahasa02.11.2010
'dengan' dan 'untuk' ialah kata hubung atau kata sendi nama ?Kata dengan dan untuk boleh digunakan sebagai Kata Hubung dan Kata Sendi bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa14.11.2021
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah perbezaan kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga"? Bagaimanakah penggunaan yang betul bagi kedua-dua jenis kata ini? Saya menghadapi masalah untuk membina ayat bagi kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga". Terima kasih.Perkataan hingga mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai kata sendi nama dan kata hubung.

Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Contohnya, Mereka mengaji al-Quran hingga dinihari.


Perkataan hingga yang berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat keterangan yang menghuraikan dengan lebih lanjut ayat induk. Ayat keterangan yang menggunakan kata hubung hingga dalam ayat keterangan akibat. Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Contohnya, Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
Tatabahasa16.06.2016
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan.Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi  penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu)   

Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut;
a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil.

Tatabahasa04.11.2013
bagaimanakah membezakan kata sendi nama dengan kata hubung? kesemuanya hampir sama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubungpancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa24.04.2019
dengan ialah kata hubung atau kata sendi nama?

Perkataan “dengan” boleh digunakan sebagai Kata Hubung atau Kata Sendi Nama bergantung pada konteks ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa11.02.2022
123456789

Kembali ke atas