| Salam Yang mana satu betul tulisan bismillah rumi ini? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani/ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, makna bismillahirahmanirrahim ditulis seperti yang berikut: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | Ejaan | 09.12.2021 |
| Assalamualaikum, Ada sebuah hadis sahih yang menganjurkan agar manusia membunuh dua jenis ular yang berbisa iaitu: 1. Atractaspididae (yang lebih dikenali dengan nama mole vipers/ stiletto snakes/ burrowing asps) 2. Cerastes (yang lebih dikenali dengan nama horned vipers/ North African desert vipers/ cerastes vipers) Persoalannya, apakah terjemahan rasmi bagi kedua jenis ular ini di dalam bahasa Melayu? Saya menghadapi masalah dalam menterjemah hadis ini ke dalam bahasa melayu dek tidak tahu nama bagi kedua-dua ular ini. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah viper secara umumnya ialah ular kapak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.03.2023 |
| Merujuk pertanyaan saya pada 30/4/2018. Pihak DBP menyatakan "Baginda berangkat ke majlis ramah mesra ..." adalah juga tepat. Saya hanya ingin memastikan adakah boleh kata sendi ke diikuti dengan nama majlis? Bukankah kata sendi perlu diikuti dengan nama tempat? | Kata sendi nama "ke" boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang dituju. Oleh itu, ayat yang lebih gramatis ialah "Baginda berangkat hadir dalam Majlis Ramah Mesra". | Tatabahasa | 08.05.2018 |
| Salam sejahtera. Panggilan "TENGKU" yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai "Tengku" atau "tengku"? --- Contoh ayat yang mana yang betul? "Terima kasih, tengku." / "Terima kasih, Tengku." | Gelaran Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu utntuk anak raja atau untuk orang-orang yang berketurunan raja. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang betul ialah “Terima kasih Tengku” | Lain-lain | 06.06.2020 |
| Salam sejahtera. Gelaran dato' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai dato' atau Dato'? Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Dato'. | Tatabahasa | 24.12.2019 |
| Assalamualaikum. Situasi : terdapat auditorium bernama Auditorium Perdana akan diberi nama baru dengan nama tokoh. Apakah perkataan yg sesuai, 'Majlis Penjenamaan Semula' atau 'Majlis Penamaan Semula'. Atau mungkin ada cadangan perkataan lain yg lebih molek dari pihak DBP. Terima kasih. | "Majlis Penjenamaan Semula" sesuai digunakan. Sila betulkan teks (WP KUALA LUMPUR) dan masukkan tarikh majlis tersebut. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
| Apakah panggilan hormat di dalam surat untuk individu dengan nama YM Ungku? Adakah kandungan surat menggunakan gelaran YM Ungku atau Tuan? | Panggilan hormat untuk "Ungku" ialah "YM Ungku" dan perlulah ditulis juga dalam kandungan surat. | Lain-lain | 15.08.2023 |
| Apakah kependekan bagi perkataan anak yang selalu digandingkan dengan nama seseorang yang bukan Muslim? Adakah Ambigapathy a/l Pandian, Ambigapathy al Pandian, Ambigapathu A/L Pandian? | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ambigapathy a/l Pandian | Lain-lain | 12.10.2021 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi? | Salam sejahtera, Tuan, Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
| Yang manakah gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan yang manakah antara nama berikut?” ATAU “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang mana antara berikut?” Terima kasih kerana membantu. | Ayat yang betul berbunyi: - Zimbabwe dahulunya dikenali sebagai .........
- Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang berikut:
i. ......... ii. ......... | Tatabahasa | 28.05.2019 |