Yang manakah betul? (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (b) Mereka cuba melupakan masalah itu. | Puan Wong Shiaho, Frasa yang tepat ialah: (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (Nota: kata cuba membawa maksud mengajak, mengarah atau menyuruh. Contoh ayat: Cuba kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu. Manakala mencuba membawa maksud berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan mencuba mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu.) Dalam konteks ayat puan, tidak ada unsur suruhan atau mengajak tetapi lebih menyatakan usaha mereka untuk mencuba melupakan masalah mereka (dengan rela hati/proses). | Tatabahasa | 12.04.2009 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku “Khazanah Pantun Melayu Riau” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori “Petalangan” muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah. | Ejaan | 25.05.2023 |