Salam. Bunyi dentam-dentum yang berulang-ulang itu menakutkan anak-anak itu. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah yang salah? | Ayat yang betul ialah “Bunyi dentam-dentum itu menakutkan anak-anak itu.”. Frasa “berulang-ulang” tidak perlu dimasukkan dalam ayat kerana perkataan “dentam-dentum” telah membawa maksud bunyi dentam yang berulang-ulang. | Tatabahasa | 30.07.2022 |
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape? | Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api. | Tatabahasa | 16.09.2008 |
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik | Saudara, Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. | Tatabahasa | 11.09.2009 |