Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.tum] | دنتوم

Definisi : bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih kuat drpd dentam); berdentum berbunyi spt bunyi meriam dll: dia terperanjat apabila mendengar petir ~; berdentum-dentum berbunyi dentum ber­ulang kali: bunyi meriam ~ diselangi oleh bunyi senapang yg menggerutup; dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam; dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[den.tum] | دنتوم

Definisi : bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih kuat drpd dentam). berdentum berbunyi dentum: Bunyi meriam ~-dentum menyambut ketibaannya. dentuman bunyi dentum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dentum

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape?

Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api.

Tatabahasa16.09.2008
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009

Kembali ke atas