Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa20.11.2013
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar?

Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar.

Lain-lain14.11.2008
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa12.11.2013
apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu?

Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa27.07.2010
apakah maksud head on,dan isolateHead on bermaksud depan sama depan. Isolate bermaksud mengasingkan atau terasing bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Makna24.07.2008
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan?Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan.Makna20.05.2012
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa09.05.2013
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna."

a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar.

b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya.

Ejaan31.10.2011
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih.Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan.Lain-lain10.11.2006
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan  dan bahasa rasmi negara.  Lain-lain19.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas