Selamat petang tuan/puan, Saya ingin menterjemahkan anxiety, depression and stress dalam bahasa melayu. Saya perlu istilah-istilah ini untuk tajuk thesis saya. Anxiety = kerisauan atau kebimbangan ? Depression = kemurungan stress = tekanan atau stress? Adakah translation saya betul? Terima kasih. Miss Wong | Dalam data kami, anxiety mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang yang berlainan. Antaranya ialah keresahan, kebimbangan dan kerisauan. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anxiety untuk mendapatkan padanan yang menepati bidang yang puan kehendaki. Manakala padanan bahasa Melayu bagi depression pula ialah kemurungan, sila rujuk depression">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=depression . | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2014 |
Apakah istilah yang tepat untuk menterjemahkan perkataan "Depression" dalam Bahasa Melayu? | Perkataan "depression" mempunyai pelbagai maksud, mengikut bidang tertentu. Sila berikan contoh frasa atau ayat yang lengkap untuk memudahkan kami memberikan cadangan yang paling tepat. | Istilah | 12.08.2020 |
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan kurang kesedaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2018 |