Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kalau ayat di bawah ini lebih tepat guna patik atau hamba.... "Biarlah______________ yang menentang Hang Jebat yg derhaka itu," kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak.'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. Dalam konteks Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak, kata ganti diri nama diri pertama "hamba" digunakan.Tatabahasa12.03.2014
Apakah maksud perkataan terguris ?Ejaan yang betul ialah tergores. Mengikut Kamus Dewan, tergores bermaksud tergaris, tercorek; tergores dalam hati, terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak tergores dalam hatiku derhaka kepadanya.Makna20.06.2014
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihKata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. Makna25.09.2014

Kembali ke atas