Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ria] | دريا

Definisi : alat perasa (pencium, pendengaran, pe­lihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ria] | دريا

Definisi : kemampuan utk mengetahui keadaan melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, penciuman dan kecapan. penderia alat yg dpt mengesan atau mengukur perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; sensor: Cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deria


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan pancainderaPancaindera ialah deria atau alat perasa yang lima : deria bau (hidung), deria rasa (lidah), deria dengar (telinga), deria lihat (mata), dan deria sentuh (tangan).Makna05.12.2007
APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERAekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.Makna20.08.2008
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tqPerkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam
2. Deria pandang - cantik dan hodoh
3. Deria dengar - bising dan garau
4. Deria bau - harum dan busuk
5. Deria sentuh - halus dan keras
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232.
Tatabahasa25.03.2012
Assalamualaikum. Saya ingin membuat semakan terjemahan bagi perkataan 'sensory overload', adakah 'beban sensori' atau 'beban deria' yang lebih tepat? Perkataan ini adalah berkaitan dengan autisme. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk sensory overload dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk sensory ialah deria dan istilah untuk overload ialah beban lebih. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk sensory overload ialah beban lebih deria.Istilah19.11.2012
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
Adakah ayat di bawah ini betul: Deria bau yang tajam membolehkan kucing mengesan mangsanya pada waktu malam.Ya, betul.Tatabahasa23.05.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah padanan bagi "palate cleanser" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut sebagai "pemurni (dalam konteks ini adalah sebagai agen menyuci) rasa (deria rasa)"?Waalaikumussalam...
Padanan khusus palate cleanser masih lagi belum ada dalam sistem rujukan kami. Cadanagan yang boleh pihak kami berikan bagi maksud palate cleaser ialah peneutral perisa adalah lebih sesuai berdasarkan konteks yang diberikan.
Makna28.06.2016
maksud perkataan akustika dan lain-lain perkataan yang sama makna dengannyaDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan akustik yang bermaksud kajian saintifik tentang bunyi ATAU bkn bunyi atau deria pendengaranMakna17.11.2006
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut:

Pengelasan Virus Baltimore:
  1. Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
  2. Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
  3. Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
  4. Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
  5. Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
  6. Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik

Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian.
Istilah04.04.2020
Assalamualaikum. sy Nor Idayu merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya sedang membuat kajian tentang sensemaking guru perakaunan. Tajuk kajian adalah: Meneroka sensemaking guru Perakaunan tentang pengajaran dan pembelajaran atas talian. Akan tetapi, untuk term 'sensemaking' di dalam tajuk, saya mempunyai kesukaran untuk mencari term yang sesuai digunakan di dalam bahasa melayu. Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasihKami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa”.Penyemakan dan penterjemahan10.06.2020

Kembali ke atas