APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERA | ekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
Adakah ayat di bawah ini betul: Deria bau yang tajam membolehkan kucing mengesan mangsanya pada waktu malam. | Ya, betul. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan pancaindera | Pancaindera ialah deria atau alat perasa yang lima : deria bau (hidung), deria rasa (lidah), deria dengar (telinga), deria lihat (mata), dan deria sentuh (tangan). | Makna | 05.12.2007 |
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tq | Perkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam 2. Deria pandang - cantik dan hodoh 3. Deria dengar - bising dan garau 4. Deria bau - harum dan busuk 5. Deria sentuh - halus dan keras Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232. | Tatabahasa | 25.03.2012 |