Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sa.kan]/[de.sa/.kan] | دسقن

Definisi : 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.sa.kan]/[de.sa/.kan] | دسقن

Definisi : 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbandingan antara kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dan sertakan contoh ayat yang sesuai dan tepat bagi penggunaan kata sendi nama "bagi" dan "untuk".Makna 'bagi' ialah a) untuk, buat. Contoh ayat buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda.Tatabahasa29.12.2009
"Apakah paling tepat " subject to exigencies of duty " dalam bahasa Malaysia ? Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah yang khusus untuk "exigencies of duty" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "exigencies of service" yang padanan bahasa Melayunya ialah desakan perkhidmatan. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "exigencies of duty" ialah ialah desakan tugas.Istilah04.01.2013
maksud perkataan lonjakkan berserta contoh ayat untuk dijadikan panduan. Terima kasih.Berdasarkan takrifan Kamus Dewan perkataan "lonjakan" 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti. Sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP. Perkhidmatan kamus dalam talian ini tidak dikenakan sebarang bayaran pada masa ini.Makna23.02.2009
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai.Tatabahasa18.06.2010
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008

Kembali ke atas