Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. portray in words, menggambarkan, memerikan: words cannot ~ her beauty, kata-kata tdk dapat menggambarkan kecantikannya; can you ~ what you feel?, bolehkah kamu gambarkan apa yg kamu rasai?; to ~ the smell of ammonia, memerikan bau ammonia; 2. give an account of, menerangkan: to ~ the circumstances of an event, menerangkan perkara-perkara yg membawa kpd peristiwa itu; 3. (math) draw, melukis: to ~ a circle, melukis bulatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata describe


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian?Cadangan padanan bagi istilah describe, described, describing, dan description dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.05.2025
Terjemah sesuai bagi "Skeuomorphism". Skeuomorphism is a term most often used in graphical user interface design to describe interface objects that mimic their real-world counterparts in how they appear and/or how the user can interact with them. (Teknologi)Cadangan padanan bagi istilah skeuomorphism dalam bahasa Melayu ialah skeuomorfisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.03.2025
Saya minta maaf kerana soalan yang dikemukakan tidak jelas. Soalan saya ialah : kita boleh guna FRASA apa untuk menggambarkan /describe 'bibir bergerak' . Cth, mata bergerak boleh guna 'berkelip kelip'. Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai bagi frasa untuk menggambarkan bibir bergerak ialah kumat-kamit. Contohnya, Bibir bomoh itu terkumat-kamit mambaca jampi.Tatabahasa16.06.2021
Salam.. Mohon pencerahan untuk terjemahan untuk perkataan "hawkish" dan "dovish" dalam bidang kewangan. Berikut merupakan keterangan perkataan yang dinyatakan - The term hawkish is used to describe contractionary monetary policy and dovish refers to the opposite. Bolehkah perkataan hawkish dan dovish diguna dalam bahasa melayu atau terdapat cadangan kata yang lebih sesuai? Terima kasihBerdasarkan perbincangan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa DBP, padanan yang telah ditetapkan ialah seperti yang berikut:

hawkish monetary policy - polisi monetari agresif
dovish monetary policy - polisi monetari berdiplomasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.12.2021
Pada pendapat saya "is connected to" dan "connect to" membawa maksud yang sama. Contoh yang saya jumpa dalam PRPM: "Kaedah yang memastikan komputer yang bersambung ke internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat." - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bersambung+ke+internet&d=226112&#LIHATSINI Jika ayat diubah menjadi "Kaedah yang memastikan komputer yang disambungkan kepada internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat", maknanya tetap sama. https://www.thoughtco.com/stative-verb-1692139 mengandungi petikan: In English grammar, a stative verb is a verb used primarily to describe a state of being (I am) or situation (I have). It's how something is, feels, or appears. These verbs don't show physical action (I run) or processes (It prints). Stative verbs can describe a mental or emotional state of being (I doubt) as well as a physical state (Kilroy was here). The situations illustrated by "state" verbs are unchanging while they last and can continue for a long or indefinite time period. Maka dengan contoh-contoh di atas dan huraian "state verb" (dan bukannya soal dyamic verbs yang melibatkan kata kerja aktif/pasif), bolehkan "is connected to" juga diterjemahkan sebagai "bersambung kepada", selain "disambungkan kepada"? Sekian, terima kasih?Padanan bahasa melayu untuk "is connected to" ialah bersambung ke/bersambung kepada atau disambungkan ke/disambungkan kepada bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Makna05.08.2021
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s).

Puan Suhana,

Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature  even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang.

Makna14.06.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Minta tolong DBP untuk menjelaskan perkara yang mengelirukan saya iaitu perbezaan memerikan dan memerihalkan. Memerikan bermaksud mengatakan/menceritakan/mengisahkan/menggambarkan (sesuatu hal) manakala memerihalkan bermaksud mengisahkan/menceritakan/menerangkan/menhuraikan (tentang sesuatu). Saya tidak dapat membezakan antara kedua - duanya. Kalau boleh, saya ingin meminta tolong DBP memberi padanan perkataan- perkataan tersebut dalam bahasa inggeris.Memerikan bermaksud mengatakan atau mengisahkan, manakala memerihalkan bermaksud menerangkan sesuatu. Berdasarkan makna yang diberikan memerihalkan lazimnya menerangkan sesuatu yang lebih serius berbanding memerikan yang mungkin sahaja memerikan sesuatu cerita. Dalam bahasa Inggeris kedua-duanya boleh diterjemahkan kepada describe.Tatabahasa22.07.2016

Kembali ke atas