Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sir] | دسير

Definisi : bunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap yg keluar dr cerek, pasir ditiup angin, dll): angin laut mulai bertiup dan ter­dengarlah ~ daun kayu di tepi pantai; berdesir, mendesir berbunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dr cerek dll): daun buluh ~ ditiup angin petang; desiran bunyi yg berdesir (mendesir): de­rauan hujan berselang-selang dgn ~ daun kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.sir] | دسير

Definisi : bunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin, wap yg keluar dr cerek dsb. berdesir berbunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin dll: Daun pokok-pokok itu ~ ditiup angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang pengunaan onomatopoeia "rarh!" dalam bahasa melayu? Wujudkah penggunaan perkataan tersebut dalam kosa kata onomatopoeia BM? Saya lampirkan bersama konteks soalan yang diajukan.
Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu marilah kita fahami maksud onomatopeia, iaitu pembentukan perkataan berdasarkan peniruan bunyi alamiah spt ngiau, ngaum dan embek. Contoh lain ialah bang, ting dan desir. Oleh itu pada pendapat saya, kata rarh tidak termasuk dalam kategori kata onomatopeia, tetapi mungkin merupakan kata seru. Berdasarkan korpus DBP dan juga hasil carian dalam Intenet, bentuk kata ini tidak ditemui dan kata ini juga tidak terakam dalam kamus terbitan DBP dan juga dalam beberapa kamus rujukan bahasa Inggeris. Kami tidak mempunyai data yang cukup untuk menyimpulkan penggunaan sebenar kata ini.

Sekian, terima kasih.
Makna16.01.2023

Kembali ke atas