Apakah deskripsi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tadika supaya mereka dapat membezakan "helai" dan "keping" kerana keduanya merupakan sesuatu yang nipis dan rata. roti juga lembut walaupun penjodoh bilangan untuk roti adalah "keping". Jadi deskripsi "lembut" mungkin sukar dijelaskan kepada mereka. Adakah "berbentuk segi empat" boleh digunakan sebagai deskripsi untuk membezakan "keping" daripada "helai"? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
Boleh bantu saya dapatkan maklumat kesesuaian penggunaan perkataaan 'deskripsi' atau 'deskriptif' untuk tujuan digunapakai pada ikon system? Terima kasih | Cadangan kami, deskriptif lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 29.01.2014 |
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih. | Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan. | Lain-lain | 26.01.2017 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'? | ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik. | Lain-lain | 27.10.2014 |
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil? | Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi. | Makna | 10.07.2008 |
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
1. Saya ingin bertanya, ejaan yang betul bagi perkataan atlet. Adakah atlet atau atlit? 2. Sekiranya ejaan yang betul adalah atlet, mengapa ada penceramah dari satu bengkel yang saya hadiri mengatakan ejaan yang betul adalah atlit? malahan penceramah itu mengatakan dia pakar bahasa/majornya penulisan bahasa/sastera melayu? Dan perkara itu dimaklumkan kepada kesemua peserta bengkel itu yang ramainya terdiri dari semua IPTA? mohon pandangan dan ulasan dari pihak DBP? | Ejaan yang betul ialah atlet. Dalam kaedah penulisan kata serapan daripada bahasa Inggeris, bentuk visual diutamakan. Oleh itu, bentuk e tetap jadi e , contohnya: athlete (BI) = atlet (BM), decription (BI) = deskripsi (BM). | Ejaan | 13.05.2011 |