Apakah terma atau istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat berkenaan 'Hyper Speed for Hyper Detail'? Adakah penggunaan terjemahan 'Kelajuan Hiper untuk Perincian Hiper' dibenarkan? | Dalam data rujukan kami hiper bermaksud awalan asing terlampau atau terlebih daripada normal, misalnya hiperaktif dan hipersensitif. Berdasarkan carian kami, tiada istilah khusus bagi perkataan hyper detail dan hyper speed. Perkataan tersebut merupakan kata umum yang boleh diterjemahkan mengikut konteks penggunaan seperti berlebihan atau lampau. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.08.2018 |
maksud bistari secara detail dan perkataan seerti bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Makna | 19.09.2008 |
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun | Sdr. Zaini, Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk menjawab beberapa soalan sekali gus. sekian, terima kasih. | Sastera | 14.05.2012 |
apa maksud logo secara detail dan kegunaan logo secara umum? | Saudara Ermacharlie, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna logo ialah lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu. Secara umum logo digunakan sebagai lambang pengenalan sesuatu organisasi atau agensi. | Makna | 05.08.2009 |
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
Apakah terjemahan bagi frasa berikut: 'Hyper Speed for Hyper Detail'. Bolehkah 'Hiperlaju untuk hiperperinci' digunakan? | Secara umumnya boleh digunakan. Namun, bergantung pada kesesuaian dengan produk yang hendak ditonjolkan, contohnya alat telekomunikasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2018 |
i just want to know about the role of DBP. more detail. what are actually DBP's role in malaysia. tq. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Sebagai makluman, peranan DBP adalah seperti yang tarcatat pada matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) seperti berikut:· untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;· untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;· untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;· untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; · untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan · untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Berdasarkan matlamat dalam akta secara umumnya DBP berperanan sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan badan penerbitan. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 |
| Lain-lain | 09.09.2008 |
Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin mengikuti kursus diploma dalam penterjemahan ( Bahasa Melayu-Inggeris-B. Melayu). Mohon detail. Terima kasih. Siti Rokiah | Hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.08.2011 |
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'bertanya', 'bertanyakan', 'menanya' & 'menanyakan'? Bukankah selepas perkataan 'bertanyakan' & 'menanyakan' tidak memerlukan kata sendi? Bolehkah encik memberikan penjelasan yang detail. Terima kasih. | Bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu atau meminta keterangan, contohnya maka ia bertanyalah khabar ibu dan saudaranya bertanyakan bermaksud meminta keterangan mengenai sesuatu, contohnya maka aku pun bertanyalah hal negeri itu menanya bermaksud bertanya kepada, contohnya seorang guru sekolah tempatan menanya Profesor Arthur Lew satu soalan dan menanyakan bermaksud meminta keterangan tentang sesuatu kepada, contohnya temuilah doktor utk menanyakan apakah berpenyakit atau tidak. Berdasarkan huraian dan contoh yang diambil daripada Kamus Dewan itu, perkataan bertanya dan bertanyakan banyak digunakan dalam teks lama, manakala perkataan menanya dan menanyakan banyak digunakan dalam teks moden. | Tatabahasa | 24.06.2012 |
soalan ;. Jumlah kematian mangsa Tsunami _____ 8000 orang. Tolong jelaskan sama ada jawapannya ialah atau adalah. setahu saya adalah. tolong beri penjelasan yg detail. terima kasih | Jawapan yang betul ialah: Jumlah kematian mangsa Tsunami ialah 8000 orang. Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti ayat contoh yang tuan berikan. Manakala penggunaan kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 01.06.2011 |