Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of settling, fixing, penentuan, penetapan, pemutusan, memutuskan: the ~ of company policy, penentuan dasar syarikat; 2. resolve, azam, keazaman, tekad: her ~ to achieve high goals in life, azamnya utk mencapai matlamat tinggi dlm hidup; 3. firmness of character, penuh /azam, keazaman, tekad/: women of great courage and ~, wanita-wanita yg berani dan penuh keazaman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata determination

Peribahasa

635

He who wills the end, wills the mean

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia.

My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun tidakkah gajah dapat ke tangan manusia . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum saya ingin mengajukan satu soalan. Bagaimana ingin dibahasakan dalam bahasa melayu; 'SELF-DETERMINATION THEORY' Terima KasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "SELF-DETERMINATION THEORY" ialah TEORI PENENTUAN DIRI atau TEORI PENENTUAN NASIB SENDIRIIstilah12.07.2016
SAYA TELAH MENGGUNAKAN DI CARIAN KATA UNTUK ISTILAH-ISTILAH BERIKUT NAMUN TIDAK DIJUMPAI.KESEMUA ISTILAH INI ADALAH DARI SUDUT PSIKOLOGI. 1) SELF DETERMINATION THEORY 2)IDENTIFIED REGULATION 3)INTROJECTED REGULATION 4)INTERGRATED REGULATION 5)EXTERNAL REGULATIONCadangan kami:
1. SELF DETERMINATION THEORY - teori penentuan diri
2. IDENTIFIED REGULATION - peraturan yang ditetapkan/peraturan yang dikenal pasti
3. INTROJECTED REGULATION - (tiada dalam data kami) 
4. INTERGRATED REGULATION - peraturan bersepadu
5. EXTERNAL REGULATION - peraturan luar
Penyemakan dan penterjemahan15.02.2018
Mohon terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu: 1. Endogenous Variable 2. Exogenous Variable 3. Latent Variable 4. Koefisien DeterminationPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Endogenous Variable - Pemboleh Ubah Endogen
2. Exogenous Variable - Pemboleh Ubah Eksogen 
3. Latent Variable - Pemboleh Ubah Pendam
4. Coefficient Determination - Penentuan Pekali
Istilah21.09.2016
Sila terjemahkan beberapa istilah berkaitan dengan teori dan model kesihatan 1. Self determination theory 2. cues to action 3. perceived susceptibility 4. perceived severity Terima kasih di atas bantuan yang diberikanUntuk makluman, tiada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kami akan berikan istilah bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris seperti yang berikut:

1. self determination - penentuan diri/penentuan nasib diri/penentuan masa depan
2. cues - isyarat/tanda
3. perceived - anggapan/tanggapan
4. susceptibility - kerentanan
5. severity - keamatan/keparahan/keterukan/ketenatan
Istilah21.08.2014
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di UKM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. SELF DETERMINATION (dalam bahasa melayu) 2. SELF DIVERGENT (dalam bahasa melayu) Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, NOOR HASLINDA BINTI SHUIB, 017-5616668Dalam pangkalan data kami, padanan Self Determination ialah Penentuan diri. Tiada maklumat tentang Self Divergent, kami mencadangkan kata tersebut diterjemahkan kepada Perbezaan Diri jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan02.06.2017
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau PinangCadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada:
1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri
2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri
3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 
4. self realization - realisasi kendiri
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.  
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2014
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas