Apakah perkataan "isme" yg sesuai untuk sikap "determined"(tekad yang kuat). Contoh patriotisme, altruisme, positivisme...saya perlukan "isme" yang menunjukkan "determined". | Tiada kata yang berakhiran -isme yang menyatakan makna tekad yang kuat (determined) dalam bahasa Melayu. Kata yang merupakan contoh kata pinjaman seperti patriotisme, altruisme dan positivisme terdapat dalam bahasa sumbernya, iaitu bahasa Inggeris. Kami mencadangkan saudara berbincang dengan pakar bidang dan pakar bahasa untuk membentuk/menggubal istilah/kata yang sesuai dengan maksud dan konteks dalam bidang tersebut. | Lain-lain | 23.08.2023 |
1. self-determined motivation 2. healthier embraois behavier | 1. moyivasi pemantauan kendiri 2. tunjuk laku perubahan sihat | Ejaan | 17.05.2013 |
Apakah terjemahan kepada self-determined learning? Adakah pembelajaran penentuan kendiri atau pembelajaran penentuan nasib sendiri? Terima kasih. | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined learning diterjemahkan kepada pembelajaran penentuan kendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2019 |
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORS | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2013 |
Saya ingin bertanya dua perkataan yang masih tiada dalam istilah bahasa melayu, iaitu (i) pendekatan Heutagogy dan (2) Self-determined. Apakah istilah bahasa melayu yang boleh digunakan untuk dua perkataan ini. | Tiada maklumat tentang istilah berkenaan dalam pangkalan data kami. Istilah pedagogy dan andragogy telah diterjemahkan kepada pedagogi dan andragogi, berdasarkan bentuk yang ada heutagogy boleh diterjemahkan kepada heutagogi, manakala self-determined boleh diterjemahkan kepada penentuan kendiri jika bersesuaian dengan konsep penggunaanya. | Istilah | 05.04.2018 |
Soalan adalah seperti yg dilampirkan | Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk frasa bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut: 1. to be announced: akan diumumkan 2. to be confirmed: akan disahkan 3. to be determined: akan ditentukan | Makna | 21.09.2024 |
Bolehkah padanan bagi “uncorrected” dalam konteks ayat di bawah ini dipadankan dengan “tidak diambil kira” atau terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas. 246. (2) Jam shall contain not less than 65 per cent of soluble solids determined by refractometry at 20°C that is uncorrected for insoluble solids. 246. (2) Jem hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 65 peratus pepejal larut yang ditentukan dengan refraktometri pada 20°C yang tidak diambil kira untuk pepejal tidak larut. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, uncorrected lebih tepat dipadankan dengan "tidak diambil kira". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 30.06.2021 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda. | Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2019 |