Saya ingin menggunakan perkataan 'devian' sebagai tajuk kursus - Devians, konflik dan kawalan sosial'. apakah ejaan yang betul. Adakah devian atau devians? | Ejaan yang betul ialah devian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud devian ialah seseorang yg perangainya menyimpang daripada normal. | Makna | 13.08.2018 |
Saya merupakan pelajar PhD, setelah VIVA, didapati perkataan religiositi tidak dapat dikenal pasti. Tajuk kajian saya adalah PENGARUH PEMANTAUAN IBU BAPA, KOMUNIKASI IBU BAPA, RELIGIOSITI DAN PERSONALITI TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA DI MALAYSIA. Selain itu, sebelum ini saya telah memberi cadangan Saran Kata berkaitan perkataan "religiositi" , pada tarikh 10 Mac 2022. | Religiosity diterjemahkan kepada keagamaan, iaitu yang berkaitan dengan perihal agama. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan yang dinyatakan "kewarakan/sifat warak" sesuai digunakan, iaitu sifat yang dikaitkan dengan orang yang taat beragama. Tiada perkataan relegiositi dalam bahasa Melayu kerana keagamaan/kewarakan/sifat warak telah mencakup makna tersebut. | Istilah | 20.05.2022 |