Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. equipment etc for particular purpose, function, alat, peranti: protective ~s, peranti pelindung; a ~ for opening safes, alat utk membuka peti besi; a ~ for catching flies, alat utk menangkap lalat; 2. plan, scheme, trick, muslihat: he will think up a ~ for avoiding customs duties, dia akan fikirkan sst muslihat utk mengelak drpd duti kastam; 3. design used in decoration, emblem, etc, lambang: every shield bore its own ~, tiap-tiap perisai mempunyai lambangnya sendiri; 4. (liter.) cara: symbolism is a common literary ~, simbolisme ialah cara kesusasteraan yg biasa; leave so. to his own ~s, membiarkan sso berbuat sesuka hatinya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata device


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "anti-reconnaissance device/anti scout device"? "Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain25.12.2021
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "Ant-Scout Device/Anti-reconnaissance device"? ""Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain25.12.2021
Apakah terjemahan bahasa kebangsaan bagi istilah yang berikut: (a) obsolete medical device (b) orphaned medical devicePadanan bahasa Melayu bagi istilah obsolete medical device ialah peranti perubatan usang dan istilah orphaned medical device ialah peranti perubatan yatim. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.10.2023
Apakah istilah yang sesuai atau sepadan bagi "Bring Your Own Device" (BYOD) dalam Bahasa Melayu? Bring Your Own Device (BYOD) program allows children to bring their own laptop or tablet to school for use in the classroom.Cadangan terjemahan bagi "Bring Your Own Device" (BYOD) ialah Bawa Peranti Anda Sendiri atau Bawa Alat Elektronik Anda SendiriMakna16.09.2021
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi 'digital citizenship' dan 'device' dalam ayat berikut : Many schools using one-to-one or bring-your-own-device programs are incorporating digital citizenship messages into their lesson plans. Terima kasih.Padanan istilah yang sesuai adalah seperti yang berikut:
1. device - peranti
2. digital citizenship - generasi digital
Istilah28.05.2018
Pertanyaan perkataan 'device'.Lampiran puan telah kami teliti. Untuk makluman,pihak kami sedang berbincang untuk memberikan istilah yang sesuai untuk perkataan "device". Kami akan menghubungi pihak puan setelah mendapat istilah yang sesuai.Istilah13.03.2019
Saya ingin mengetahui apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'device'? Adakah alat, atau peranti?Perkataan bahasa Melayu untuk "device" ialah peranti.Makna13.08.2014
salam, apakah terjemahan bm bagi perkataan 'night vision device'? terima kasih.Cadangan terjemahan bagi  night vision device ialah "Alat Penglihatan Malam"Makna18.03.2022
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan?

Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya.

Penyemakan dan penterjemahan07.01.2008
ASM, 1. Bagaimana perkataan mobile digunakan dalam BM. saya telah mencarinya dalam carian kata tetapi tiada maklumat tentang mobile. contohnya mobile device dan mobile learning tolong tejemahkan ke BM atau apakah istilah yang digunakan dalam BM . TK.

Puan Fairose,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'mobile' ialah 'mudah alih',' bimbit' atau 'bergerak' bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi perkataan 'mobile device' padanan bahasa Melayu ialah peranti bimbit/mudah alih. Bagi perkataan 'mobile learning' konteksnya sama dengan 'e-learning' atau 'distant learning', maka padanan  bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh.

Istilah28.05.2010
123

Kembali ke atas