apa maksud 'PERLIS INDERA KAYANGAN'. terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, indera ialah dewa, manakala kayangan ialah negeri tempat dewa-dewa. Mungkin disebabkan kedudukan Negeri Perlis di sebelah atas Semenanjung, maka negeri tersebut dinamai sedemikian. Walau bagaimanapun, saudara hendaklah menghubungi Kerajaan Negeri Perlis untuk mengetahui pengertian sebenarnya. | Makna | 08.07.2009 |
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya. | Lain-lain | 31.01.2010 |
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA?? | Saudara Hoe, Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa. | Lain-lain | 28.05.2010 |
saya Muneera Mamu belajar di Universiti Fatoni saya ingin bertanya perkataan dewa itu asal usul daripada bahasa sanskrit atau tidak terimakasih | Tidak dapat dipastikan perkataan "dewa" berasal daripada bahasa apa, tetapi dewa banyak digunakan semasa zaman Majapahit dan Hindu | Istilah | 22.09.2014 |
Adakah penggunaan perkataan "Yama" dalam ayat: "Apa yang dicipta untuk manfaat masyarakat sejagat telah menjadi "Dewa Yama" kepada manusia." ? | Untuk makluman, perkataan Yama tidak wujud dalam data pangkalan kami. Jika dilihat penggunaan Yama dalam contoh ayat ialah merujuk kepada dewa akhirat dalam agama Hindu. Menurut kepercayaan Hindu, yama ialah dewa yang pertama yang akan dijumpai oleh roh orang mati semasa menuju ke wilayah syurga. | Makna | 18.05.2018 |
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinya | Ejaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. | Makna | 22.09.2014 |
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih. | a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
Salam, apakah maksud 'tuan rumah' dalam bidang sukan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewa Edisi Empat, tuan rumah bermaksud pemilik rumah dan orang yang meraikan tetamu. Dalam bidang sukan,istilah tuan rumah digunakan untuk menggambarkan sesebuah organisasi/negeri/negara dan lain-lain yang menjadi lokasi untuk melakukan upacara sukan. | Makna | 26.12.2013 |
Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih. | 1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. 2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. 3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Assalamuaikum, Saya ingin bertanya perkataan tuhan. 1. Huruf 't' perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? 2. Jika pengguna bukan beragama Islam ingin merujuk tuhan mereka dalam penulisan bahasa Melayu, adakah huruf 't' perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. 3. Jika kata ganti nama digunakan unuk merujuk Allah, lazimnya digunakan huruf besar pada huruf pertama. Adakah perkara yang sama dilakukan jika merujuk tuhan selain Allah? | Kamus Dewan menakrifkan Tuhan sebagai: i) Allah yang mencipta alam semesta dan untuk maksud ini Tuhan dieja dengan huruf besar; ii) sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan untuk maksud ini tuhan dieja dengan huruf kecil. | Makna | 23.03.2011 |