Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wan] | ديوان

Definisi : /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, bagaimana caranya untuk menulis petikan yang diambil daripada al-Quran, termasuk surah dan nombor ayat yang dipetik? Hal yang sama juga untuk petikan hadis.Berdasarkan buku Gaya Dewan Dewan Edisi Keempat, petikan ayat al-Quran hendaklah disertakan dengan nombor rujukan ayat yang mengandungi nama surah (dicetak dengan huruf condong), nombor surah yang diikuti dengan tanda titik bertindih dan nombor ayat. Rujukan ini ditulis di dalam tanda kurung.

Untuk maklumat lanjut, kami mencadangkan pihak tuan untuk membuat rujukan melalui buku Gaya Dewan Edisi Keempat, halaman 283 untuk penulisan petikan al-Quran dan halaman 288 untuk penulisan petikan hadis.
Lain-lain04.11.2024
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia.
Makna05.04.2024
Dewan Pelajar Januari 1985 - Disember 1985 Saya berhasrat untuk membeli majalah tersebut. Bagaimanakan caranya? Terima kasih.

Salam tuan budiman,

Untuk makluman, majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, Ujana DBP dan melalui portal DBP.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut:

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my//

Sekian, terima kasih.

Lain-lain09.06.2025
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Bolehkah kita gunakan perkataan Dewan dan Auditorium dalam 1 perkataan.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 153 dan 522, “auditorium” bermaksud bangunan atau ruang besar dalam bangunan, biasanya mempunyai tempat duduk bagi penonton menyaksikan persembahan, peserta menyertai perhimpunan dan sebagainya.  “Dewan” pula bermaksud bangunan atau ruang yang khusus tempat diadakan sesuatu aktiviti atau majlis seperti persidangan, ceramah atau pameran.

 

Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang lebih tepat.

 

Tatabahasa30.10.2024
Berikan definisi penuh untuk kata tanya berdasarkan kamus dewan. Huraikan juga maksud yang diberikan berdasarkan kamus dewan

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya, kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Bagi merujuk penggunaannya dalam ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 255 - 256.

Tatabahasa15.04.2025
Adalah Kamus Dewan merupakan kamus "descriptive" atau "prescriptive"?Kamus terbitan DBP adalah berdasarkan kepada sesuatu kata masukan/entri bagi kamus tersebut yang adakalanya bersifat deskriptif dan adakalanya bersifat preskriptif. Terdapat peraturan dan rumus yang telah ditetapkan dan perakaman juga berdasarkan data yang diperoleh dan sistem penyusunan maklumat kamus berkenaan.Makna21.08.2024
BAGAIMANA PROSEDUR SEKIRANYA SAYA INGIN MEMOHON PENAJAAN DARIPADA PIHAK DBP?Tuan boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menghantarkan surat atau e-mel.

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

hazami@dbp.gov.my; dina@dbp.gov.my
Lain-lain29.04.2024
12345678910...

Kembali ke atas