Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis ter­tinggi bkn adat (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut.

Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun.

Lain-lain23.02.2011
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabaluYAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP.Lain-lain10.09.2007
1) Adakah DBP membuat krusus bahasa untuk penulis papan-papan iklan seluruh negara berdasrkan daerah atau zon? 2) Diharap pihak DBP mengambil inisiatif agar badan ini diletakkan di bawah dewan negara / parlimen supaya perkembangan bahasa melayu sekurang-kurangnya setaraf dengan di Brunei dan Indonesia.

Encik Mohd. Zahair,

1. DBP  ada menganjurkan kursus bahasa bukan sahaja untuk penulis iklan, tetapi untuk pengguna bahasa  pelbagai bidang dari semasa ke semasa  melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan.   

2.  DBP sebagai badan perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja  berusaha mengembangkan, menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Bahasa Indonesia-Malaysia(MABBIM)malah berusaha untuk menjadikannya salah satu bahasa utama di dunia.   

Lain-lain23.06.2010
 ...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi:  1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;Makna28.09.2010
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n gengDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. Lain-lain04.06.2011
berikan contoh negara-negara yang berjaya dalam bidang ekonomi dunia...

Sila rujuk bahan ini :

1. Asia Timur : Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia oleh Abibullah Hj. Samsudin. DBP : 2000

 

 

Asia Timur: pusat pertumbuhan baru ekonomi duniaAbibullah Hj SamsudinDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2000

Lain-lain11.03.2008
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah?Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.  Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.02.2012
Pemuzik jalan yang berpakaian segak dan memakai tali leher sering ditemui jika kita berkunjung ke negara-negara Eropah. Munsyi , apakah kesalahan pada jalan dalam ayat ini? TQAyat tersebut tidak gramatis seperti penggunaan kata terbitan dan kata hubung yang kurang tepat. Oleh itu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat di bawah tajuk berkenaan dan elakkan daripada membina ayat gabungan yang terlalu panjang.Tatabahasa13.02.2012
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Berdasarkan soalan saya bertarikh 7/7/2011 1. Mengapakah perkataan "kerajaan" sebelum Kerajaan Malaysia adalah nama khas 2. Bagaimana pula dengan perkataan "negeri" dan "negara" contohnya negeri Kelantan atau Negeri Kelantan dan negara Malaysia atau Negara Malaysia. Bukankah "negeri", "negara" dan "kerajaan" sepatutnya nama am.

Sebagai kata nama am, kerajaan dieja dengan huruf kecil tetapi apabila menjadi kata nama khas seperti Kerajaan Malaysia mestilah dieja dengan huruf besar kedua-duanya. Merujuk Kamus Dewan ejaan negara Malaysia betul, iaitu negara dieja dengan huruf kecil.

Ejaan11.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas