Salam Sejahtera, Diantara berikut yang manakah betul i) Seorang lelaki dewasa / seorang dewasa lelaki ii)Seorang remaja lelaki / seorang lelaki remaja diharap tuan dapat memberikan alasannya. Tq | Pada kebiasaannya bentuk seorang lelaki dewasa atau seorang lelaki remaja digunakan. bentuk seorang dewasa, lelaki atau seorang remaja, lelaki boleh juga digunakan bergantung pada apa yang hendak difokuskan. | Tatabahasa | 06.05.2008 |
Dewasa ini bunga telur telah mengalami perubahan iaitu dengan penggunaan kotak. Soalan saya, penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk bunga telur adalah 'secucuk' untuk satu manakala 'sepahar' dalam bilangan jamak, adakah penjodoh bilangan yang sama masih sesuai atau tidak? | Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk fizikal sesuatu benda. Oleh itu, penjodoh bilangan boleh berubah mengikut bentuk baharu sesuatu benda seperti contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang dewasa. 2. Kolam orang dewasa berbahaya kepada kanak-kanak. (kerana) Gabungkan kedua-dua ayat dengan kata hubung yang diberikan. Sekian, terima kasih. | Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kolam renang orang dewasa kerana berbahaya. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
Dia sudah dewasa tetapi masih bergantung hidup ____ ibu bapanya. 'kepada' atau 'pada', yang manakah paling sesuai ? | Kata sendi nama yang betul ialah kepada. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak? | Assalamualaikum, Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman. | Lain-lain | 07.01.2013 |
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan? | remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; | Makna | 23.12.2008 |
Salam sejahtera, adakah penggunaan ayat ' Sekumpulan orang dewasa sedang bersenam robik?' ini betul? | Sekumpulan orang dewasa sedang bersenamrobik, ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.08.2015 |
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap membimbangkan sekali." | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Dia sudah agak dewasa tetapi hidupnya masih bergantung kepada ibu bapanya. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Dia sudah dewasa tetapi masih bergantung hidup kepada ibu bapanya." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Tuan, yang manakah jawapan paling tepat. " Hisyam, _______ perlahankan suara kamu semasa bercakap dengan orang yang lebih dewasa," tegur ibunya. (tolong atau sila atau minta.) | "Hisyam, tolong perlahankan suara kamu semasa bercakap dengan orang yang lebih dewasa," tegur ibunya. | Tatabahasa | 08.07.2015 |