selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap membimbangkan sekali." | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Dewasa ini bunga telur telah mengalami perubahan iaitu dengan penggunaan kotak. Soalan saya, penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk bunga telur adalah 'secucuk' untuk satu manakala 'sepahar' dalam bilangan jamak, adakah penjodoh bilangan yang sama masih sesuai atau tidak? | Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk fizikal sesuatu benda. Oleh itu, penjodoh bilangan boleh berubah mengikut bentuk baharu sesuatu benda seperti contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.Bahaskan | Pertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 25.07.2008 |
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini. | Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 15.08.2008 |
(a) Apakah golongan kata 'justeru'? (b) Bolehkah kata 'justeru' digunakan sebagai penanda wacana sebagai pengganti kepada 'oleh itu'? (c) Adakah penggunaan 'muthakir ini' bermakna 'dewasa ini'? (d) Adakah frasa 'faktor afdal' bermaksud 'faktor utama' atau 'faktor penting'? Sekian. | 1. Justeru termasuk dalam golongan penanda wacana, dan justeru bermaksud kebetulan, tepat, malahan dan bahkan. Oleh itu penggunaan perkataan justeru perlu disesuaikan dengan makna tersebut. 2. Mutakhir bermaksud terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, dan kemas kini; manakala dewasa ini bermaksud pada masa ini atau pada ketika ini. 3. Yang lazim digunakan ialah faktor utama atau faktor penting, sedangkan afdal bermaksud lebih utama atau terutama. Oleh itu, penggunaan faktor utama/faktor penting tidak boleh bertukar ganti dengan faktor afdal (jika ada penggunaannya). | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin tentang penggunaan bahasa yang saya perhatikan agak kerap digunakan di dalam iklan dewasa ini. Kebanyakan iklan gemar gunakan istilah 'baharu' seperti yang terdapat di dalam iklan nescafe dan talian telefon swasta yang lain. Adakah penggunaan istilah 'baharu' ini betul? Bagaimana pula dengan istilah 'baru'? TERIMA KASIH! | Kata baharu betul dan kata baru juga betul. kedua-dua kata tersebut merupakan variasi dan boleh digunakan. | Istilah | 17.12.2008 |
1. Apakah perbezaan antara baru dan baharu? 2. Yang manakah ejaan yang betul, samada sedasawarsa atau sedasawasa yang bermaksud dewasa ini? Terima kasih. | Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. Ejaan yang betul ialah sedasawarsa yang bermaksud dekad. | Tatabahasa | 14.06.2009 |
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay Seven | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksudĀ masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat. | Lain-lain | 05.02.2013 |
"Dari kalangan" dan "Daripada kalangan", mana satukah yang betul? Sila sertakan contoh ayat dalam penjelasan saudara. Terima Kasih. | Frasa yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh ayat, 'Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan.' Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 17.03.2011 |