Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)

501

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung !

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(139)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun,di pasar pagi,di pasar raya dan di gerai buah.(perlukah kata sendi nama "di" ditambah di depan setiap tempat ).

Tidak perlu menambah kata sendi “didi depan setiap perkataan yang merujuk tempat kerana bersifat lewah.

 

Ayat yang betul adalah:

“Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun, pasar pagi, pasar raya dan gerai buah-buahan.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-266

Tatabahasa18.11.2025
FRASA "BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" ATAU "BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", YANG MANA SATU LEBIH TEPAT?Frasa yang lebih tepat ialah berjaya di dunia dan di akhirat.  Tatabahasa26.06.2025
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas?

Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya:

i.    1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan.
2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 
3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua.
4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya.
5. 
Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
6. Bunga itu merah kesemua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035.

i

iv

Tatabahasa22.08.2023
di hargai atau dihargai diseluruh atau di seluruh? apakah jenis kesalahan tatabahasa di atas?

Awalan “di” boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. Awalan “di” sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti “di” Kuala Lumpur dan “di” rumah serta dieja terpisah. Awalan “di” sebagai imbuhan atau “di” yang bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama dieja rapat, contohnya dibekukan, ditulis, dijerat dan dihukum. 

 

Oleh yang demikian, penggunaan awalan “di” yang betul ialah “dihargai” dan “di seluruh”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 176 dan 265-266.

Tatabahasa19.04.2024
Salam. Boleh saya tahu istilah yang tepat bagi... 1 a) di dapur b) di dalam dapur 2 a) di bilik tidur b) di dalam bilik tidur Terima kasih

Jawapan yang betul ialah:

1.    A) di dapur

B) di bilik tidur
Tatabahasa09.07.2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengguna yang tepat bagi ayat di bawah? (untuk kegunaan di papan tanda iklan) "Alor Setar (U & S)" 1. Frasa di atas merujuk kepada lokasi klinik di Alor Setar yang mempunyai 2 cawangan iaitu di utara Alor Setar dan di selatan Alor Setar. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Lain-lain15.04.2026
Salam sejahtera. Manakah antara berikut ayat yang betul? Para Pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku. ATAU Para pelajar berada di kelas semasa insiden itu berlaku. Mohon pencerahan berhubung panduan penggunaan "di" dan "di dalam". Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Para pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku".

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, "di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa29.11.2023
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan –kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

Tatabahasa15.06.2025
Tolong semak jawapan saya. Terima kasih. Tukarkan ayat aktif ayat pasif. 1.Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA. Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 3.Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 4.Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. 5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.

Ayat pasif yang betul ialah:

  1. Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
  2. Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566.

Tatabahasa18.05.2026
Bolehkah kita menggunakan perkataan Agong sahaja tanpa gelaran Yang di-Pertuan di hadapan perkataan Agong dalam penulisan artikel pendek?Dalam perspektif penulisan artikel sama ada pendek atau panjang, gelaran Yang di-Pertuan perlu diletakkan di hadapan perkataan Agong sebagai merujuk pada panggilan hormat.Lain-lain31.07.2024
12345678910...

Kembali ke atas