Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |
1) Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2) Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk Ayat manakah yang betul di atas? Mohon nasihat ciri-ciri ayat yang betul. Terima kasih | Puan Haslina, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Jawapan yang betul ialah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.07.2009 |
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.? | Salam sejahtera, 1. di atas 2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara" | Tatabahasa | 13.11.2012 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Yang manakah betul? 1. di atas kerusi atau di kerusi 2. di tepi pantai / di pantai | Frasa yang betul ialah di atas dan di tepi pantai. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?) | 1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Ayat manakah yang betul? 1.Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2.Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. | Ayat yang paling tepat ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas". | Tatabahasa | 23.05.2011 |
(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Soalannya; Yang mana satu Ayat yan betul atau yang lebih baik? | (1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Kedua-dua ayat ini kurang tepat, ayat yang tepat ialah 'Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas'. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas." | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka. | 1. Berhubung dengan perkara di atas. 2. Perlu tanda koma. 3. Tugas doktor merawat pesakit. | Tatabahasa | 18.05.2012 |