Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Apalkah kesalahan dalam ayat di bawah? 1)Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. | Ayat yang betul ialah Himpunan buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Himpunan buku-buku... penggunaan perkataan yang lewah kerana himpunan menunjukkan banyak buku sama seperti buku-buku. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? 1) Laporan kelab itu disediakan oleh saya pagi tadi. 2) Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. | Ayat pasif diri pertama yang betul ialah "laporan kelab itu saya sediakan pagi tadi", ayat pasif dengan kata "oleh" ialah ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Salah atau betul ayat di bawah. 1. "Akan saya jelaskan hal ini agar tiada yang salah faham,"kata Encik Ali kepada pekerjanya. | Ayat tersebut kurang tepat, yang betul ialah "Saya akan menjelaskan hal ini agar tiada yang salah faham,"kata Encik Ali kepada pekerjanya. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. | Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya. | Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih. | Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas. | Ejaan | 03.08.2011 |
Salam tuan, Minta penjelasan tentang perkara di bawah : 1. Penggunaan perkataan: bila mana , seperti mana. 2. Boleh ke digunakan awalan me untuk memakan / meminum 3. Mampan atau mapan 4. wujud ke tak perkataan merbahaya. | Saudara, Bilamana bermaksud apabila, apakala atau ketika dan sepertimana bermaksud sebagaimana atau seperti. Imbuhan me... boleh digunakan untuk kedua-duanya. Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Tidak wujud dan perkataan yang boleh digunakan antaranya marabahaya atau berbahaya. Terima kasih. | Makna | 01.02.2011 |
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar | Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan. Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik ("). Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Yang manakan ejaan yang betul bagi contoh perkataan di bawah 1. Al Rahman 2. Ar Rahman | Ejaan yang betul ialah al-Rahman. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 17.11.2008 |