Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa? | Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah betul? 1. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau. ATAU 2. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau. Terima kasih | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.
| Lain-lain | 22.03.2018 |
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul? | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Sekiranya soalan tersebut dikemukakan dalam peperiksaan SPM, adakah kedua-dua jawapan di atas boleh diterima? terima kasih | Merujuk Tatabahasa Dewan dan seperti yang dijelaskan dalam pertanyaan sebelum ini, kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 03.03.2011 |
1) Perlukah ada partikel 'kah' di belakang setiap kata tanya yang berada di hadapan ayat? Jikalau kata tanya itu berada di tengah-tengah atau belakang. bagaimanakah pula? 2) Adakah 'oh' itu kata seru dan perlukah meletakkan tanda seru di setiap belakang ayat yang mengandungi kata seru? 3) Bolehkah meletakkan partikel 'kah' di belakang perkataan yang bukan kata tanya? Misalnya, bolehkah, perlukah dan sebagainya. | 1. Partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh ayat berikut: Adakah awak sudah makan? 2. Oh bukannya kata seru, akan tetapi merupakan kata untuk menyatakan rasa terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain). 3. Untuk soalan nombor 3, boleh rujuk jawapan nombor 1. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memulia | Untuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya: 1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Selamat sejahtera, Penggunaan kata sendi 'di' adakah sesuai diletakkan pada permulaan ayat seperti berikut: 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . TQ | 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . Ketiga-tiga contoh di pada permulaan ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Kata penguat bebas ; sangat, amat, sungguh boleh diletakkan di hadapan kata adjektif atau di belakang kata adjektif. Jika diletakkan di hadapan kata adjektif,pastinya boleh menerima perkataan sekali. Contohnya, Zali amat baik sekali. Adakah hanya perkataan 'sekali' sahaja yang boleh diterima atau adakah perkataan lain? 2) Bolehkah sungguh, amat dan sangat digunakan serentak seperti ayat ini? Jika boleh, kenapa? Ayatnya : Amir mengalami kerinduan yang amat sangat terhadap neneknya di kampung. 3)Kata penguat belakang ....nian. a)Adakah 'nian' digunakan hanya untuk pemandangan? b)Bolehkah 'nian' digunakan dengan kata penguat bebas;sangat, amat, sungguh?Contoh frasa; amat indah nian, dan sangat dalam nian. Adakah kedua-kedua frasa ini betul? 4)Antara frasa di bawah,yang manakah betul? a) Dedaun berguguran, atau b) Daun berguguran 5)Adakah perbezaan antara 'mengajar' dan 'mengajarkan'. Keadaan bagaimanakah harus kita bezakan penggunaannya? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. | 1) Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali. 2) Amat sangat bermaksud terlalu atau terlampau dan boleh digunakan secara serentak. 3) Amat indah nian sangat dalam nian, kedua-dua frasa ini betul. 4) Daun berguguran. 5) Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya). | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Salam sejahtera. Nak tanya ayat yang berikut adakah betul? 1. Dia duduk di belakang saya semasa kelas. 2. Dengarlah, apakah yang cikgu sedang cakap? ataupun Dengarlah, apakah yang sedag cikgu cakap? 3. Semua rakan sekelas sangat suka saya? ataupun "suka akan saya" Harap dapat maklum balas dari tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Dia duduk di belakang saya semasa di kelas. 2. Dengarlah, apa yang cikgu sedang cakap! 3. Semua rakan sekelas sangat suka akan saya. | | | | Tatabahasa | 15.07.2019 |
Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata) | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. 1"> | Ejaan | 21.01.2015 |