| Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih. | Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya: a) Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha) b) Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik. (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik) Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut: a) Cair di dalam mulut. b) Suluh untuk melihat di dalam telinga. c) Ulser di dalam perut.
| Lain-lain | 25.06.2022 |
| Selamat sejahtera,Zali mengisi makanananan di dalam pinggan atau di dalam bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan?” | Tatabahasa | 06.02.2024 |
| Salam sejahtera. Bagaimana ingin membezakan penggunaan "di dalam" dan "dalam"? Adakah "di dalam" digunakan untuk ruang yang boleh dilihat? Dalam dunia hari ini atau Di dalam dunia hari ini? Terima kasih. | 1. Perbezaan penggunaan "dalam" dan "di dalam" adalah seperti yang berikut: a. Kata Sendi Nama "dalam" Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh: Dalam hal ini, kita bersetuju. b. Frasa Sendi Nama "di dalam" Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu di dalam ruang atau kawasan yang mempunyai jarak, luas, atau sempadan. Contoh: Duit belanja sekolah itu disimpan di dalam beg. 2. Penggunaan yang betul ialah Dalam dunia hari ini. | Tatabahasa | 27.02.2026 |
| Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. | Tatabahasa | 31.03.2023 |
| Adakah ada ikan di dalam air sungai itu? Adakah ikan di dalam air sungai itu? Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Adakah terdapat ikan di dalam sungai itu?” | Tatabahasa | 23.04.2024 |
| Selamat sejahtera, a)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) | Ayat yang betul ialah "Zali mengisi makanan di dalam pinggan." | Lain-lain | 31.01.2024 |
| 1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf? | Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf". | Tatabahasa | 23.04.2024 |
| Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? | Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. | Tatabahasa | 29.03.2023 |
| ejaan "di" dalam bahasa jawi ada huruf "ya" atau "dal" sahaja? | Ejaan "di" dalam bahasa Jawi menggunakan huruf "dal" sahaja. | Ejaan | 24.09.2024 |
| Saya perlukan pengesahan adakah perkataan Milenial boleh digunapakai di dalam kajian saya memandangkan ianya tiada di dalam sistem data DBP sendiri. Terima kasih. | Milenial berkaitan dengan milenium. Saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Milenial&d=175768&#LIHATSINI untuk keterangan lebih lanjut. | Lain-lain | 10.01.2023 |