Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pernah terbaca mengenai penggunaan dalam kalangan @ di kalangan dalam majalah keluaran DBP tahun lepas. Sebelum ini penggunaan di kalangan adalah salah. Namun, menurut majalah tersebut, penggunaan di kalangan adalah diterima semula. Apakah status penggunaan di kalangan ketika ini?

Di kalangan dan dalam kalangan, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanpun penggunaan yang paling mantap/baku ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Sementara kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Tatabahasa01.06.2011
Salam sejahtera, Saya aada beberapa kemusykilan. 1. Penggunaan di kalangan dan dalam kalangan.-dalam kamus Dewan jelas menunjukkan penggunaan di kalangan, pelajar keliru apabila terdapat percanggahan dalam peperiksaan , menyatakan di kalangan salah dari segi penggunaanya. 2. Mohon penjelasan mengenai penulisan penanda wacana a) selain daripada itu b) oleh yang demikian c) sehubungan dengan itu penggunaan kata-kata ini berbeza mengikut penulis/penerbit buku. 3. Adakah pihak DBP memantau kesahihan penulis buku-buku rujukan/latihan /karangan Bahasa Melayu semua peringkat? Terima Kasih1. Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan.
2.  Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. Frasa "oleh yang demikian" betul dan membawa maksud lantaran itu. Frasa "sehubungan itu" dan "sehubungan dengan itu" betul. Walau bagaimanapun, frasa gramatis ialah 'sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu, perlu ada dengan.
3. DBP memantau penggunaan bahasa dalam buku teks/rujukan terbitan DBP sahaja.
Tatabahasa23.01.2013
di kalangan atau dalam kalangan. Buku tatabahasa dewan ada menggunakan di kalangan.

Penggunaan yang tepat ialah dalam kalangan.

Tatabahasa01.05.2010
Di kalangan dan dalam kalangan kedua-duanya boleh diguna. Mengapakah di kalangan diterima juga?Frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan".Tatabahasa26.09.2014
Merujuk kepada emel yang diterima pada Julai 13, Khidmat nasihat DBP menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" tidak baku. Namun, saya mendapati bahawa dalam majalah "Pelita Bahasa" terbitan DBP pada Disember 2008 dalam ruangan Soal Jawab Bahasa, jawapan Pelita Bahasa menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" betul dan boleh digunakan. Turut dinyatakan dalam Pelita Bahasa, penggunaan "di kalangan" jauh lebih banyak berbanding dengan penggunaan "dalam kalangan" mengikut data korpus. Tambahan pula, saya mendapati dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak terdapat penggunaan "dalam kalangan" tetapi penggunaan "di kalangan" pula agak banyak. Justeru, bolehkah saya mendapat kepastian sama ada ungkapan " di kalangan" boleh digunakan atau tidak dan adakah ungkapan tersebut mematuhi peraturan tatabahasa

Saudara,

Dalam korpus yang merakamkan penggunaan bahasa oleh masyarakat awam terdapat lebih banyak penggunaan 'di kalangan' berbanding dengan 'dalam kalangan' kerana masih ramai pengguna bahasa yang belum terdedah atau biasa dengan penggunaan 'dalam kalangan'.  Kata sendi nama  'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Berdasarkan panduan ini maka frasa yang betul ialah 'dalam kalangan'.   Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.07.2009
A)di kalangan pelajar B) dalam kalangan pelajar Ayat mana yang betul. Terima kasih"Di kalangan" dan "Dalam kalangan", kedua-duanya boleh digunakan namun yang paling tepat ialah "Dalam kalangan".Tatabahasa06.06.2009
Salam. Antara dua perkataan ini "dalam kalangan" dan "di kalangan" yang manakah tepat untuk digunakan dalam merujuk sesuatu golongan. Hal ini kerana dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, di bawah perkataan "kalang"(-kalangan), terdapat contoh ayat yang menggunakan perkataan "di kalangan". Manakala di bawah perkataan "dalam" ada dinyatakan perkataan seerti bagi perkataan "dalam" iaitu "di kalangan".(rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4). Mohon penjelasan dalam hal ini. Sekian.

Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Tatabahasa07.09.2011
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
yang mana betul? di kalangan atau dalam kalangan. dalam pelita bahasa frasa dalam kalangan digunakan dengan produktif, tetapi kD4 menggunakan frasa di kalangan. mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa21.01.2012
1) DIKALANGAN ATAU DI KALANGAN? ( DI.. JARAK KE TIDAK) 2) KENAPA? TQKalangan bermaksud lingkungan atau golongan dan penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa16.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas