Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di mana

Puisi
 

Di mana bintang di mana bulan,
     Sama sahaja terang keduanya;
Di mananya tunang di mana bukan,
     Sama sahaja lenggang keduanya.


Lihat selanjutnya...(110)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(37)

173

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul untuk 'anywhere'? Adakah 'di mana sahaja' salah? Adakah 'di mana-mana sahaja' sahaja yang boleh digunakan?Di mana-mana sahaja.Tatabahasa20.08.2015
Simpan piala itu di mana yang kamu rasa sesuai. Penggunaan 'di mana' dlm ayat tu betul ke tidak?Perkataan "di mana" dalam ayat tersebut kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah "di mana-mana tempat".Tatabahasa11.03.2015
Adakah perkataan "di mana" boleh digunakan selain untuk pertanyaan. Bagaimana pula dengan kenyataan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan."Perkataan "Di mana" hanya digunakan sebagai kata tanya.  Bagi frasa "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", penggunaan "di mana" digunakan kerana frasa tersebut merupakan peribahasa dan ungkapan Melayu  yang telah lama, mantap dan lazim digunakan.Tatabahasa29.08.2013
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan ayat 'di mana' & 'yang mana' dengan betul. Ini kerana saya sering kali lihat ayat 'di mana' wujud di pertengahan ayat sebagai penghubung ayat. Sebagai contoh: "penerbitan buku ini amat penting di mana ianya merupakan sumber rujukan kepada ...... " Adakah ini betul? Adakah 'di mana' merujuk kepada tempat sahaja dan 'yang mana' : merujuk kepada yang mana satu daripada beberapa benda? Mohon pencerahan selanjutnya... Sekian, terima kasih.Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubung tidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di mana dia belajar?.Tatabahasa14.07.2017
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan ayat 'di mana' & 'yang mana' dengan betul. Ini kerana saya sering kali lihat ayat 'di mana' wujud di pertengahan ayat sebagai penghunga ayat. Sebagai contoh: "penerbitan buku ini amat penting di mana ianya merupakan sumber rujukan kepada ...... " Adakah ini betul?Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubung tidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di mana dia belajar?.Tatabahasa14.07.2017
apakah peribahasa yang sesuai untuk maksud "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana"Peribahasa yang sesuai untuk "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana" ialah "Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang" (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu).Sastera04.11.2014
Adakah penggunaan ayat & perkataan di bawah betul? Pejabatku di mana-mana sahaja. Rujuk kepada iklan yang dilampirkan.Frasa "Pejabatku di mana-mana sahaja" betul penggunaan tatabahasa. Untuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa.Tatabahasa09.05.2013
Salam sejahtera. Nak tanya, yang mana satu adalah betul untuk "anytime, anywhere"? 1) pada bila-bila masa, di mana sahaja 2) pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja Terima kasihTerjemahan yang dicadangkan ialah "pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja".Penyemakan dan penterjemahan26.07.2024
Bolehkah perkataan di mana digunakan dalam ayat di bawah: Untuk melihat jawapan, sila klik pada butang rekod pertanyaan di mana pengguna boleh melihat semua pertanyaan dan jawapanDi mana digunakan untuk kata tanya.
Penggunaan " di mana" dalam ayat berikut tidak tepat dan boleh digantikan dengan kata hubung lain yang tidak  merubah maksud, contohnya "supaya".

Untuk melihat jawapan, sila klik butang rekod pertanyaan supaya pengguna boleh melihat semua pertanyaan dan jawapan.
Tatabahasa06.06.2017
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan pada ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas