bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'? | Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
1) Mengapakah pada masa kini, frasa "di kalangan" bertukar menjadi "dalam kalangan" ? 2) Benarkah tidak sesuai menggunakan penanda wacana "di samping itu" dalam ayat yang kita bina? Contoh : Kita mestilah menghormati ibu bapa. Di samping itu, kita perlu rajin belajar supaya berjaya pada masa depan. | 1) Frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan" bukan "di kalangan" kerana sendi nama "di" merujuk tempat. Kata "kalangan" bermaksud lingkungan atau golongan. Sekiranya sendi nama "di" dibubuh pada kata ini, menjadi "di golongan", maka "di" tidak sesuai dipadankan dengan "kalangan". Penggunaan "dalam kalangan" betul kerana menunjukkan termasuk, bersama-sama atau terlibat sama. 2) Penanda wacana "di samping itu" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.03.2010 |
soalan..untuk bantu anak saya.kata lawan bagi maksud...1)Maka 2) yang demikian 3) oleh itu 4) justeru 5)selain itu 6) jadi 7) di samping itu. itu saje. | 1) Perkataan maka mempunyai beberapa maksud, antaranya "bahawa", "dengan sebab itu" dan sebagainya. 2) "Yang demikian" bermaksud "yang begitu", "yang begini" atau "seperti itu". 3) "Oleh itu" bermaksud "dengan itu". 4) "Justeru" bermaksud "kebetulan", "tepat", "kena benar", "malahan" dan "bahkan". 5) "Selain itu" bermaksud "di samping itu". 6) 'Jadi" bermaksud "sebenarnya", "kalau begitu" dan sebagainya. 7)"Di samping" bermaksud "selain itu". Walau bagaimanapun, kesemua perkataan tersebut mempunyai makna yang tertentu bergantung pada teks, konteks secara keseluruhan. Untuk lebih memahami maksud perkataan tersebut, saudara hendaklah menyertakan ayat yang lengkap. | Makna | 02.02.2010 |
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara... | 1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah". 2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul. 3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana". | Tatabahasa | 30.04.2013 |
1. Semasa membuat rumusan, kata hubung seperti selain itu, tambahan pula,di samping itu dikira sebagai berapa perkataan? 2. perkataan "jawaban" dan "jawapan" yang mana satu betul? | Saudara, Frasa "selain itu", "tambahan pula" dikira sebagai dua perkataan. Ejaan "jawapan" ialah yang betul bukan "jawaban". | Tatabahasa | 22.10.2010 |
Terima kasih atas jawapan dan nasihat saudara, 1.Saya sedang berbual dengan kawan saya.Perkataan berbual betul???atau guna berbual-bual. 2.Penggunaan perkataan samping , tepi , sebelah ??? Terima kasih | Yang betul ialah saya sedang berbual-bual dengan kawan saya. Perkataan "samping" mengikut Kamus Dewan bermaksud di sebelah, di rusuk, di sisi. Oleh itu, perlu ada kata sendi "di", dan maknanya sama dengan "tepi" dan "sebelah". | Tatabahasa | 30.05.2007 |
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan 2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap 3. minimum standard - standard minimum 4.. social work intervention - intervensi kerja sosial 5. accountable - bertanggungjawab 6. accountability - kebertanggungjawaban 7. to practice - mengamalkan 8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial 9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat 10. social networking - rangkaian sosial Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks. | Ejaan | 11.09.2013 |
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat. | Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya: 1. Adakah penggunaan kata nama khas seperti nama pengarang dan nama fakulti di sesebuah universiti dikira sebagai satu perkataan untuk kajian sastera? 2. Adakah penanda wacana juga dikira sebagai satu perkataan contohnya di samping itu dikira sebagai satu perkataan? Ini kerana kekeliruan berlaku antara penggunaannya di dalam SPM dan tesis bahasa Melayu di peringkat univerisiti. Terima Kasih. | Bagi pengiraan patah perkataan, setiap patah itu dikira walaupun nama khas. Contohnya, bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
bagaimanakah saya boleh memulakan karier sebagai seorang penulis? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 30.12.2008 |