Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
"Abang mahu kau dan keluarga membina hidup baru di sana," ujar Abang Rusli. Tuan, soalan saya ialah membina 'hidup baru' atau 'hidup baharu'? | Frasa yang lebih tepat ialah "hidup baharu" kerana baharu dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata adjektif. Baru lazimnya berfungsi sebagai kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai. | Tatabahasa | 30.06.2012 |
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?... | Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betul | Tatabahasa | 19.04.2010 |
apakah perbezaan bertaburan dan berhamburan | Dalam Kamus Dewan bertaburan sama maksudnya dengan berhamburan, iaitu berselerak di sana sini. | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Saya ingin kepastian adakah laman web ini http://www.smartebook.net/cgi/member/index.php ada kaitan dengan DBP kerana ada logo DBP dan Karyanet di sana ? Terima kasih. Maklumat ini adalah untuk kepastian syarikat yg menganjur web tersebut tidak memperdaya kami untuk menyertai mereka dengan mengunakan nama DBP. | DBP tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan laman web http://www.smartebook.net. Kerjasama ini adalah antara syarikat IGD(rakan kongsi DBP yang membangunkan portal Karyanet) dengan pihak ketiga. Penggunaan logo DBP itu bukan dengan persetujuan DBP. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
SAYA SELAU SILAP MENGGUNAKAN PERKATAAN DI SAMAADA MELETAKANNYA JAUH @ DEKAT? | Di sebagai awalan ditulis bersambung dengan kata yang mengikutinya seperti dimakan, ditulis, dibaca dsb. yang juga merupakan kata kerja pasif. Di sebagai kata sendi ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya seperti di atas, di bawah, di sana, di sini,dsb. | Tatabahasa | 28.07.2007 |
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih | 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok. 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul? | 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio. 3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan. | Tatabahasa | 16.11.2008 |
saya nak tahu analisis kesalahan tatabahasa bagi perkataan di kalangan | Penggunaan 'di kalangan' dikatakan tidak tepat kerana kata 'di' digunakan untuk menunjukkan tempat seperti di sana atau di Kuala Lumpur. Jadi dalam hal ini, penggunaan 'dalam kalangan' lebih tepat kerana 'dalam' menunjukkan ruang yang dibataskan melalui konteks. | Tatabahasa | 16.03.2008 |