Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Seluar genggang baju genggang,
     Pakai anak raja seberang;
Biarlah baik mencampak lenggang,
     Kita berdagang di tempat orang.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(49)

499

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih.Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui...Tatabahasa20.08.2013
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat yang berikut gramatis: 1. Pasukan polis dan pasukan bomba telah tiba di tempat kejadian. Sekian terimakasih.Ayat yang gramatis ialah Pasukan polis dan bomba telah tiba di tempat kejadian.Tatabahasa03.08.2011
Tuan/Puan, Saya Nurrisa, dari PNB ingin memohon pandangan dan nasihat Tuan/Puan tentang penggunaan bahasa di panel informasi di tempat-tempat pelancongan. PNB sedang membina menara ikonik Merdeka 118 dan bercadang untuk membina sebuah dek observasi bersama panel informasi yang menceritakan tentang pembangunan Merdeka 118, sejarah Malaysia, dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan Merdeka 118 akan menjadi pusat pelancongan antarabangsa pada masa akan datang, bolehkah penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan di panel informasi dek observasi tersebut? Nasihat pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, apa-apa sahaja maklumat yang hendak disampaikan kepada khalayak, penggunaan bahasa Melayu hendaklah diutamakan melebihi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang lain.Lain-lain16.11.2020
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk. 1) Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jwp: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jawapan yang mana betul. Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A)Tatabahasa09.11.2011
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
Salam. Adakah penggunaan kata sendi "dari" dalam ayat berikut betul? Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung. Kata sendi "dari" atau "daripada" yang harus digunakan dalam ayat ini? Terima kasih.Penggunaan kata sendi 'dari' dalam ayat "Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung" tersebut tidak tepat kerana 'cahaya matahari' berfungsi sebagai sumber, bukan arah atau tempat. Jika arah atau tempat, barulah boleh digunakan kata sendi 'dari'. Sehubungan dengan itu, kata sendiri yang perlu digunakan adalah "daripada".Tatabahasa20.11.2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih.1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____.
2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu.
3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak.
Tatabahasa19.08.2012
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul.A.
Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah.

B.
1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR.
2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan.
3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid
4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. 
 
Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
Lain-lain06.09.2015
salam sejahtera kepada pihak tuan/puan, saya Furnival anak Linggang, pelajar tahun 3 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bakal menjalani Latihan Indusrti, berminat ingin menjalankan latihan industri di tempat tuan/puan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Jika pihak tuan/puan menerima pelajar-pelajar yang menjalani pratikal di tempat tuan/puan, boleh nyatakan perkara-perkara atau dokumen yang saya perlu bawa dan hantar kepada pihak tuan/puan.Tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP melalui talian 03-21479341 untuk mendapatkan maklumat.Lain-lain13.10.2016
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi. 1)Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jawapan: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jwp yang mana satu betul?Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A)Tatabahasa09.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas