Kata Ganti Nama Diri Ketiga 'DIA' Bolehkah 'dia' digunakan sebagai objek? Contohnya, 'Saya berjalan selepas dia' Bolehkah 'dia' digunakan sebagai pemilik? Contohnya, 'Ini baju dia' Sekian, terima kasih | Kata ganti nama dia boleh menjadi objek yang melengkapkan ayat seperti dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
diafikir ATAU dia fikir, diarenung ATAU dia renung, diarasa ATAU dia rasa. saya terjumpa beberapa perkataan ini dalam bahan bacaan saya. saya mohon pengesahan daripada pihak DBP untuk mengesahkan, yang mana satu adalah betul. sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah dia fikir, dia renung, dan dia rasa. Perkataan 'dia' ialah kata ganti nama diri ketiga, tidak ada dalam bentuk kependekkan. Bentuk kata ganti nama diri yang dieja rapat contohnya kufikir, kurenung, kurasa, atau fikirku, rasaku adalah disebabkan 'ku' adalah kependekkan daripada kata 'aku'. | Ejaan | 04.01.2011 |
1.Dia dpilih ialah kerana dia seorang doktor. 2.Dia dipilih adalah kerana dia seorang doktor. Penggunaan kata pemeri mana yang paling tepat. | Kata pemeri tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Dia dipilih kerana dia seorang doktor." | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Ayat mana lebih tepat? 1a) Dia kaya tetapi dia tidak sombong 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong 2a) Dia kaya dan tidak sombong 2b) Dia kaya dan dia tidak sombong Mohon pihak tuan dapat memberikan penjelasan mengenai ayat majmuk di atas supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pelajar. Terima kasih. | Jawapan yang tepat: 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong. ("tetapi" digunakan untuk memberi maksud yang berlawanan, iaitu "kaya" berlawanan sifatnya dengan "tidak sombong"). | Makna | 24.07.2014 |
Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? | Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya; Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi. Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut: (1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang. (2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Ayat yang manakah betul? a) Dia tinggal jauh dari keluarganya. b) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. c) Dia tinggal berjauhan dari keluarganya. d) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. | Ayat yang betul: a) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. b) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. Ataupun: Dia tinggal jauh dari keluarganya di Kelantan. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
Salam sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ia dan dia. Adakah dia merujuk kepada objek yang abstrak juga sepertimana penggunaan ia? Kedua, jika ia mengalami kependekkan daripada kata dia kepada ia, mengapa tidak sama situasi sepertimana penggunaan kependekan bagi kata ganti nama diri ku dan kau yang dirapatkan dengan kata kerja? | Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Sastera | 16.08.2017 |
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :) | Jawapan yang betul dan tepat ialah: 1. Dia seorang perempuan yang pendiam. 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi") 3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. | Tatabahasa | 17.09.2019 |
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuan | Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 04.05.2013 |