| betulkah ayat melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun peringkat bak peribahasa Melayu mengatakan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi | Cadangan ayat yang betul ialah: Melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun pangkat bak peribahasa Melayu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. | Tatabahasa | 11.09.2020 |
| Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
| Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus? | Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut: rotan... tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga; dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013): rotan... tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga; Contoh penggunaan: Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna. | Lain-lain | 02.09.2023 |