Salam sejahtera, tuan. Ayat: Walaupun dia kaya, tetapi dia kedekut. Adakah walaupun...tetapi boleh digunakan dalam satu ayat? Adakah ayat berikut lebih tepat, walaupun dia kaya, dia kedekut. Terima kasih. | "walaupun ... tetapi" bukan kata hubung berpasangan. Ayat yang tepat: Walaupun dia kaya, dia kedekut. | Lain-lain | 06.03.2021 |
Antara 4 ayat ini, yg manakah tepat? 1. Berikan dia air. 2. Beri dia air. 3. Beri air kepada dia. 4. Berikan air kepada dia. Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah berikan air kepada dia, berikan dia air. | Tatabahasa | 01.09.2021 |
Ayat mana lebih tepat? 1a) Dia kaya tetapi dia tidak sombong 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong 2a) Dia kaya dan tidak sombong 2b) Dia kaya dan dia tidak sombong Mohon pihak tuan dapat memberikan penjelasan mengenai ayat majmuk di atas supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pelajar. Terima kasih. | Jawapan yang tepat: 1b) Dia kaya tetapi tidak sombong. ("tetapi" digunakan untuk memberi maksud yang berlawanan, iaitu "kaya" berlawanan sifatnya dengan "tidak sombong"). | Makna | 24.07.2014 |
Selamat pagi tuan, Saya ingin bertanya tentang 1. kata ganti nama diri ketiga, "dia". Bolehkah "dia" digunakan sebagai objek? Contoh Ayat : i) Saya mengajar dia? ii) Saya memberi dia roti. 2. Apakah kata kerja untuk keadaan ini: jika seseorang jatuh terjelepok, kita hendak membantu dia bangun, adakah kata kerja ini ialah : memimpin ? memapah? membimbing? 3. masih perlu *bangun* ? membimbing budak itu bangun? memapah budak itu bangun? memimpin budak itu bangun? atau tidak perlu perkataan "bangun"? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | 1. Kata ganti nama “dia” boleh menjadi objek. 2. Jika seseorang itu jatuh terjelepok, kita hendaklah membantunya. 3. Tidak perlu berdasarkan contoh di atas. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Dia menggosok baju dia. 2. Dia menggosok bajunya. 3. Siti kepenatan, jadi dia berehat. 4. Ibu menasihati Ali supaya jangan menggunakan telefon terlalu lama. 5. Kamal berasa takut untuk menerima kertas ujiannya. | Untuk ayat 1 dan 2, ayat 2 betul, manakala ayat 1 salah. Ayat 3, 4 dan 5 betul. | Tatabahasa | 24.08.2021 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
1.Dia dpilih ialah kerana dia seorang doktor. 2.Dia dipilih adalah kerana dia seorang doktor. Penggunaan kata pemeri mana yang paling tepat. | Kata pemeri tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Dia dipilih kerana dia seorang doktor." | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Dia adalah muda. Ayat di atas betul ke? | Ayat "Dia adalah muda.", tidak betul. Ayat yang betul ialah "Dia muda."/"Dia amat muda." (pola Frasa Nama + Frasa Adjektif). | Tatabahasa | 23.11.2023 |
Ayat yang manakah betul? a) Dia tinggal jauh dari keluarganya. b) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. c) Dia tinggal berjauhan dari keluarganya. d) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. | Ayat yang betul: a) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. b) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. Ataupun: Dia tinggal jauh dari keluarganya di Kelantan. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
Salam sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ia dan dia. Adakah dia merujuk kepada objek yang abstrak juga sepertimana penggunaan ia? Kedua, jika ia mengalami kependekkan daripada kata dia kepada ia, mengapa tidak sama situasi sepertimana penggunaan kependekan bagi kata ganti nama diri ku dan kau yang dirapatkan dengan kata kerja? | Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Sastera | 16.08.2017 |