Dalam karya kreatif, bolehkah kata ganti diri manusia digunakan untuk binatang. Terutama sekali dalam ayat penyata? Sila lihat contoh video ini : Kisah Musang dan Anggur - https://youtu.be/M16kcap_ZeA Terima kasih. | lang="EN-MY" style="background: rgb(248, 249, 249); line-height: 107%; font-family: "cambria","serif"; font-size: 12pt; mso-fareast-font-family: calibri; mso-bidi-font-family: arial; mso-ansi-language: en-my; mso-fareast-language: en-us; mso-bidi-language: ar-sa;">Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan dia dan -nya seperti yang terdapat dalam video tersebut merupakan kata ganti nama diri untuk orang ketiga. Tidak ada kata ganti nama lang="EN-MY" style="line-height: 107%; font-family: "cambria","serif"; font-size: 12pt; word-spacing: 0px; box-sizing: border-box; orphans: 2; widows: 2; mso-fareast-font-family: calibri; mso-bidi-font-family: arial; mso-ansi-language: en-my; mso-fareast-language: en-us; mso-bidi-language: ar-sa; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; mso-bidi-font-weight: bold;">untuklang="EN-MY" style="background: rgb(248, 249, 249); line-height: 107%; font-family: "cambria","serif"; font-size: 12pt; word-spacing: 0px; float: none; orphans: 2; widows: 2; mso-fareast-font-family: calibri; mso-bidi-font-family: arial; mso-ansi-language: en-my; mso-fareast-language: en-us; mso-bidi-language: ar-sa; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;"> binatang, sebaliknya nama binatang perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut, termasuk dalam karya kreatif. | Tatabahasa | 30.04.2021 |
Adakah perkataan "antara" boleh digunakan pada awal ayat? Saya mendapati kebanyakan guru bahasa Melayu kini melaranb penggunaan "antara" di awal ayat. Contohnya: Antara punca buli ialah... | lang="ms"> Penggunaan Kata Sendi Nama "Antara" Perkataan “antara” adalah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Kata sendi nama “antara” boleh digunakan pada awal ayat bagi menerangkan: - Perbandingan
- Merujuk dua atau beberapa orang, benda, keadaan dan sebagainya yang dibuat perbandingan
- Terbatas kepada
- Sementara atau dalam pada
- Kira-kira atau lebih kurang
Contoh ayat: - Antara Johan dengan Saiful seperti langit dengan bumi. (perbandingan)
- Antara dia dengan Jalil sahaja yang tahu rahsia itu. (terbatas kepada)
- Antara berbuat kubu, maka orang Melaka datang keluarlah melanggar. (sementara atau dalam pada)
- Antara sepuluh orang tertangkap kerana merompak. (kira-kira atau lebih kurang)
- Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaan. (perbandingan)
Berdasarkan huraian di atas, penggunaan kata sendi nama “antara” pada awal ayat dalam contoh yang diberikan iaitu, “Antara punca buli ialah …” adalah betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 114. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 14.05.2025 |