merujuk soalan 6. dia dan nya adalah ganti nama diri ketiga tunggal. bilakah sesuai menggunakan nya dan dia? | Penggunaan dia dan nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'? | Encik Ahmad Sabri, Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
Salam sejahtera tuan, saya ingin bertanya, bolehkah kata ganti nama diri -nya wujud sebelum perkataan dia dalam sesebuah ayat? Contoh: Pegawai itu memberitahunya bahawa dia didapati bersalah kerana dia telah melanggar peraturan yang ditetapkan. (Kata ganti “-nya” wujud sebelum kata ganti “dia”) Adakah ayat tersebut betul? | Ayat tersebut betul. Kata ganti “-nya” boleh wujud sebelum kata ganti “dia”. Namun “-nya” perlu merujuk kepada seseorang. Ayat tersebut perlu ada ayat sebelumnya yang merujuk kepada siapa “-nya”. | Tatabahasa | 24.01.2023 |
Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih. | Puan Allison, Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih! | Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.” | Tatabahasa | 11.08.2020 |
Salam sejahtera. Penggunaan "dia " dan "-nya" yang manakah betul dalam ayat yang berikut: 1) Ibu menyuruhnya membeli makanan untuk adik. 2) Ibu menyuruh dia membeli makanan untuk adik. 3) Siti membantunya menyelesaikan masalah itu. 4) Siti membantu dia menyelesaikan masalah itu. | Keempat-empat ayat itu betul. -nya ialah ganti nama ketiga, sama seperti dia. Akan tetapi sebelum menggunakan -nya untuk ganti nama ketiga, perlu ada cerita tentang orang ketiga sebelum itu. Contoh: Dia baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada ibu. Ibu menyuruhnya membeli makanan untuk adik. | Ejaan | 20.05.2014 |
Adakah kata ganti diri 'dia' perlu ditukar kepada '-nya' dalam ayat pasif? Contoh : Dia menulis surat itu. Surat itu ditulis olehnya. atau Surat itu ditulis oleh dia. | Dalam ayat pasif, kata ganti diri "dia" perlu ditukar kepada "nya" atau pun dikekalkan "dia". Kedua-dua ayat; "Surat itu ditulis olehnya" dan "Surat itu ditulis oleh dia" boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.02.2018 |
Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih. | Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia". Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya. | Tatabahasa | 09.02.2019 |
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan. | Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
Salam sejahtera. Setahu saya, -nya bermaksud dia punya. Jadi, jadi, yang manakah satukah antara ayat berikut adalahbetul? 1. Buku itu telah dipinjamnya. 2. Buku itu telah dipinjam oleh dia. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 03.08.2023 |