| Apakah ayat songsang untuk ayat di bawah: (a) Orang-orang kampung tidak menyukai Faizan kerana dia selalu mencuri. | Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat (Tidak menyukai Faiza kerana dia selalu mencuri orang-orang kampung) dan pendepanan sebahagian daripada predikat (Tidak menyukai Faizan orang-orang kampung kerana dia selalu mencuri). Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. | Tatabahasa | 08.11.2015 |
| Mana satukah ayat yang betul? 1. Dia mengabaikan orang di sekelilingnya 2. Dia mengabaikan orang-orang di sekelilingnya | Kedua-dua ayat di atas betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1562 dan 1565. | Tatabahasa | 30.06.2025 |
| salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
| Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
| adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif? | Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
| saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?”. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,“Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” (tiada tanda titik) | “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. | Tatabahasa | 26.09.2020 |
| betulkah ayat melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun peringkat bak peribahasa Melayu mengatakan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi | Cadangan ayat yang betul ialah: Melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun pangkat bak peribahasa Melayu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. | Tatabahasa | 11.09.2020 |
| Mohon pencerahan, ayat manakah yang betul? Dia terlalu bergantung pada orang lain. ataupun Dia terlalu bergantung kepada orang lain. | Ayat yang gramatis ialah "Dia terlalu bergantung pada orang lain". | Tatabahasa | 14.09.2011 |
| Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian. | Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani. | Makna | 19.01.2012 |